Auntie Anne’s Raikan Ulangtahun ke-20 Dengan Memberikan Pretzel Percuma
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Auntie Anne’s.
Semua sedia maklum bila anda dah mengikuti perkembangan saya di Facebook mahupun Instagram bahawa saya telah menghadiri event Auntie Anne’s di Times Square minggu lepas. Mana tidaknya saya juga menjemput anda semua untuk datang menikmati pretzel percuma. Free flow ok!
Saya sangat teruja bila ada event sebegini sebabnya saya juga peminat setia Auntie Anne’s. Bila ada makan percuma macam ni memang perlu bawa perut sahaja la. Memang penuh perut diisi dengan pretzel pada hari tersebut.
Tidak lupa juga kepada semua para pengujung yang berkunjung pada hari tersebut, beratur panjang untuk dapatkan pretzel percuma ini. Namun jangan gusar, tak lama pun mereka tu beratur. Siap ada yang beratur banyak kali lagi. Free flow la katakan.
Jom saksikan wajah-wajah gembira pada hari tersebut.
Tidak hanya mendapatkan pretzel percuma, sesiapa sahaja yang membuat pembelian minuman pada event tersebut berpeluang untuk memutarkan roda impian ini. Pelbagai hadiah tambahan menanti mereka. Lagilah excited!
Event ini merupakan event untuk menghargai pelanggan Auntie Anne’s yang telah lama menyokong mereka. Sudah 20 tahun Auntie Anne’s ini wujud. Dan mereka juga telah mengadakan event ini diseluruh negara dan di Times Square ini adalah edisi mereka yang terakhir.
Jadi teruskan sokongan anda kepada Aunty Anne’s ok. Ingat pretzel, ingat AuntieĀ Anne’s.
Tentu seronok kalau bisnes dpt bertahan sampai 20 tahun macam ni… Semoga satu hari nanti saya juga berpeluang menikmati pengalaman ini..