Kisah Merve dan Wanita Tegar Disebaliknya
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai asal usul produk Merve iaitu produk kecantikan yang berkonsepkan cerita dongeng ataupun Fairy Tale.
Sebenarnya saya dan rakan blogger yang lain telah dijemput ke Fullhouse Sunway Pyramid pada Khamis lepas untuk bertemu dengan pengasas Merve ini. Memang sebelum ini saya tidak tahu pun apa itu Fullhouse. Tapi sebelum pergi memang dah diberi amaran awal-awal oleh blogger perempuan yang jaga-jaga nanti kaum lelaki akan cair bila sampai ke sini.

Oh! Kalian ingat aku ini ais nak main cair-cair ini. Namun setelah sampai ke sana barulah saya tahu kenapa mereka berkata sebegitu. Tempat ini soooo cute! Memang cantik dan ambient yang cukup mempesonakan. Sesuai untuk sesiapa yang ingin makan malam romantis bersama pasangan. Ruangan di dalam kedai juga besar dan sesuai untuk pelbagai function.
Jom kita berkenalan dengan pengasas Merve ini dahulu. (Baca catatan peribadi beliau sendiri)
Saya Cik Joy Revfa iaitu FOUNDER MERVE Cosmetic mula membina empayar syarikat sendiri iaitu MERVE Group Holdings Berhad & MERVE Skin Health Sdn Bhd (Merveilles) pada bulan February 2015 dan mencipta produk Kecantikan & Kesihatan yang bertemakan Fairy Tales. Bersyukur dengan dugaan yg Allah swt berikan kepada saya menimpa2 kerana dari ujian itu lah, timbulnya semangat yg luar biasa selama ini tersembunyi dalam diri saya. Dengan berbekalkan modal yang ada, saya tidak teragak-agak menghasilkan produk jenama sendiri dengan menubuhkan struktur syarikat yg kukuh & gah. Alhamdulillah segalanya kini telah menjadi kenyataan ditambah pula dengan adanya Business Partner yg berpengalaman iaitu Encik Radz Mohd sebagai President MERVE Group, team marketing, staff-staff, stokis-stokis, agent-agent & dropship-dropship MERVE yang mantap, hebat & penuh komitmen.
Berumur 29 tahun dan saya adalah ‘Single Mom” yang mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Arryan Firdaus. Berdarah Melayu-Indonesia dan kini menetap di Shah Alam, Selangor. Sebelum ini saya adalah Filem Makeup Artists di Jakarta Indonesia yang bergiat aktif untuk menghasilkan karya-karya seni untuk pelakon-pelakon hebat Indonesia. Filem terakhir BOX OFFICE yang mana telah mengharumkan nama saya di dunia Makeup Artists adalah “Habibie & Ainun” dibintangi oleh pelakon terkenal Bunga Citra Lestari & Reza Rahadian yang telah memenangi banyak award. Saya sangat rasa bertuah terlibat di dalam filem-filem hebat di Indonesia sebelum ini.
Mungkin ramai yang telah lama mengenali Akademi Kecantikan Artistik Diyana, Shah Alam iaitu Akademi kecantikan yang diasaskan oleh Ibunda saya sendiri sejak tahun 1999 iaitu Puan Sofia Abbas. Beliau telah membantu ramai wanita-wanita di luar sana menjadi usahawan kecantikan berjaya. Jasa beliau amat besar & telah banyak membantu ramai wanita yang tiada punca pendapatan menjadi lebih berkemahiran & berjaya di dalam dunia perniagaan. Ibu saya sendiri adalah sumber Inspirasi untuk menghasilkan produk kecantikan & kosmetik. Disokong sepenuhnya oleh Ibu sendiri, saya terasa tersangat lah bertuah dan semoga lebih berkat lagi dengan restu beliau.

Pada bulan July 2015 di PWTC, saya telah membuat perasmian produk PERTAMA iaitu Minuman Kecantikan & Kesihatan The Beauty Spells iaitu GORGEOUS JUICE . Walaupun baru berada dipasaran awal jun 2015, sambutan dan testimoni yg diterima sgt banyak & keberkesanan minuman ini amat menakjubkan. Yang amat saya berpuas hati adalah produk Gorgeous Juice ini telah terjual sebanyak 100,000 unit dalam masa 6 bulan !! Apa yang mencuri hati pengguna adalah kerana Gorgeous Juice ini mengandungi formula Collagen, Vitamin C, Stem Cell, Bearberry Extract, Pearl Powder dan Diamond Water dan diperkayakan juga dengan ekstrak makanan sunnah iaitu Pomegranate Extract (Buah Delima), Dates Extract (Kurma), dan Bee Pollen (Debunga Lebah). Amalan pengambilan gabungan ekstrak makanan sunnah ini bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, In Sha allah. Produk ini khusus buat wanita yang ingin memperbaiki masalah dalaman terutama buat wanita yang sukar hamil, dingin dlm perhubungan seksual, memperbetulkan aturan haid, memperbanyakkan susu dada & mencantikkan lagi kulit.
Dan kini, sedang hangat dipasaran produk KEDUA yang baru 3 bulan muncul iaitu MERVE Full Coverage Foundation yang menjadi viral & kegilaan pengguna wanita yang mampu mencantikkan kulit dalam beberapa saat. Foundation ini diperkaya dgn Super Fruits & Modern Formula ini penuh dgn khasiat utk kulit kita setiap hari!! Foundation ini mengandungi extract Mangosteen, Grapefruit, Goji Berry, Peach, Acai Berry, Pomegranate, L-Glutathione, Stem Cell, Green Tea, Vitamin C, Vitamin E & Aloe Vera yang mampu memulihkan, melembutkan, mencerah & mencantikkan kulit anda setiap hari. Alhamdulillah dalam minggu pertama berada dipasaran hampir 5000 unit licin terjual. MERVE Full Coverage Foundation with Super Fruits ini mempunyai 5 warna istimewa yang boleh diaplikasikan sebagai Primer (Krim Perlindung), Foundation (Alas Bedak), Concealer (Penyamar Noda) & Shading (Pembayang) yang mampu memberi khasiat pada kulit & menukar kulit anda lebih sihat bermaya.
Alhamdullilah MERVE berjaya keluarkan produk KETIGA pada pertengahan bulan February 2016 lepas. Diberi nama MERVE Fairy Tears Potion, Fairy Tear Potion ini adalah Multivitamin Primer Serum iaitu cairan yang mengandungi formula zat yang berkhasiat untuk memperbaiki struktur kulit yang sangat luar biasa dan baunya juga wangi dengan ektrak Dewberry. Ianya diperkaya dengan pelbagai ektrak semulajadi bersama formula antioksidan yang hebat khas untuk memudarkan kesan parut & melembutkan kulit. Mampu melembapkan kulit serta menjadikan kulit cerah, halus & mulus. Umpama 2 dalam 1 Base Makeup (Primer) dan Zat Cair (Serum). Ianya juga mampu meresap ke dalam lapisan terdalam kulit dan molekul dari formula zat umpama “lapisan Vitamin” yang hebat, lebih tinggi khasiat dan memberi nutrisi pada kulit berbeza dari Krim Wajah yang biasa. Digalakkan memakai potion ini setiap hari sebelum memakai makeup kerana ianya umpama ‘perisai’ dari bahan-bahan tidak sepatutnya di dalam makeup yang merosakkan kulit anda. Jadi sebelum nak pakai makeup, sapu potion ni dulu dan pakai setiap hari sebelum tidur. Boleh dipakai diwajah, tangan dan seluruh badan yang terdapat kesan luka, parut, rekahan dan kulit kasar.
Produk yang KEEMPAT adalah LIMITED EDITION Fairy Tales Pashmina yang direka khas oleh Cik Joy Revfa sendiri dengan warna pastel dunia khayalan yg ceria. Pashmina available pada minggu terakhir bulan april 2016.
Produk KELIMA merve adalah compact powder yang bakal dihasilkan & berada di pasaran dalam bulan july 2016, insyaallah. Saya tahu pasti ramai yang ingin mengumpul koleksi Cosmetic Fairy Tales keluaran MERVE. Terima kasih sangat atas sokongan semua yang sentiasa tak sabar-sabar memiliki produk-produk Fairy Tales dari MERVE. Rakan-rakan followers saya di media sosial juga sebenarnya adalah semangat saya setiap hari. Tanpa sokongan anda, mungkin MERVE tidak menjadi viral dan mempunyai peminat yang ramai sehingga kini. Terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga buat semua.

Alhamdulillah, walau baru 8 bulan produk MERVE wujud dipasaran, saya bersyukur kerana telah banyak membantu ramai pengguna yg bermasalah tentang kecantikan luaran & kesihatan dalaman. MERVE juga telah mempunyai lebih 30 Stokis yg committed dan lebih 1000 Agent & Dropship seluruh Malaysia termasuk Singapura, Brunei & Indonesia. Insyallah dengan komitmen dan kepakaran kami, MERVE akan melebarkan sayap ke seluruh pelusuk negeri di Malaysia dan ke peringkat antarabangsa.
SEKIRANYA berminat untuk sertai MERVE sebagai STOCKIST PARTNERS boleh hubungi 012 373 8787 segera
INFO PENTING
FB pengasas MERVE : https://m.facebook.com/
Instagram pengasas MERVE : @joyrevfa
Link official page MERVE Cosmetic Malaysia :
https://m.facebook.com/
Manufactured by :
MERVE Group Holdings Berhad
( 1167228 T )
Distributed by :
MERVE Skin Health Sdn Bhd
( 1173249 P )
B-G-5 Vista Alam, Jalan Ikhtisas,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
Hotline : +601123650600
+60123738787
Facebook : Merve Cosmetic Malaysia
Instagram : @mervecosmetic_hq
Email : mervemalaysia@gmail.com
AM: Nantikan lagi ulasan penuh mengenai setiap produk yang akan saya kongsikan.
Cantik pengasas Merve ni rupanya… Ada macam muka Shasha Elite..
Memang cantik. Sebab itu dia asaskan produk ini untuk dikongsikan bersama orang lain.
Comelnya tempat dia dan pengasas dia pun cantik.. Pakej lengkap lah kiranya.
Semua cantik, dan dia pun nak semua orang lain cantik seperti dia. 🙂
Boleh dapatkan produk MERVE dengan saya
IG: gorgeousjuicebymerve
FB: Chantek with Gorgeous Juice by Merve
Whatsapp 0163378473
Pingback: Ke Alam Fantasi Bersama Merve - AMIRNAWAWI