Krew Kabin AirAsia Membosankan?
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan pendapat salah seorang pembaca blog saya mengenai pramugara dan pramugari.
Semua sedia maklum yang saya merupakan salah seorang AirAsia Bloggers Community (AABC) satu komuniti blogger yang diselia bawah PR AirAsia sendiri. Menjadi antara terawal menyertai komuniti ini membolehkan saya menjalani satu kursus khas untuk blogger merasai pengalaman menjadi krew kabin/ pramugara/ flight attendant AirAsia. Satu peluang yang saya rasa sekali seumur hidup. (Boleh baca di sini)

Setelah menjalani segala latihan selama sehari penuh dan membuat lawatan disekitar Asian Aviation Centre of Excellence (AACE), saya sempat menemuramah En Elson, Ketua Pengajar di sana dan merupakan bekas Krew Kabin. Jadi sedikti sebanyak info yang didapati telah saya tulis di dalam blog ini berkenaan kretiria pemilihan krew kabin AirAsia. (Boleh baca di sini)
Pelbagai komen yang saya terima. Kadang-kadang apa yang ditulis di entri pun masih lagi mereka tanya. Jawapan saya pun agak pesimis la. Jawab ala-ala Amran Fans gituh.. Namun semalam ada satu komen yang menarik perhatian saya. Gaya penulisan dia menunjukkan dia seorang bekas pramugara.
Komen beliau adalah seperti di bawah (tanpa suntingan untuk menjaga keaslian komen):
Hi,just nak share pengalaman saya..result spm tahun 1998 saya cuma lulus dlm BI..tetapi saya berjaya menjawat jawatan sebagai pramugara MAS setelah mengikut kursus pramugara di c* airlines training services dgn tenaga pengajarnya terdiri daripada bekas pramugari/ra yg sudah berjawatan tinggi.serta ade juga tenaga pengajar nya adalah pramugari/ra yg masih berkhidmat.saya dulu amat risau sbb saya kurang fasih berbahasa inggeris dan result spm saya cuma lulus dlm BI..tetapi nasihat saya pada yg berminat jgn risau..bnyk kursus2 pramugari/ra yg dianjurkan dgn mengenakan sedikit bayaran..cuma anda kena pandai memilih dan menilai tenaga2 pengajar nya…bila mengikuti kursus seperti ini dgn tenaga pengajar nya terdiri daripada bekas2 pramugari/ra yg pernah memegang jawatan ketua atau chief tidak mustahil anda telah mendapat cable mudah utk memasuki dunia penerbangan…memang benar kerjaya ini sgt mudah umpama waiter dan waitress cuma kita mempunyai tanggungjawab yg besar untuk menjaga kebajikan setiap penumpang dan sebaik2 cabin crew adalah cabin crew yg membuat homework nama penumpang yg duduk di setiap seat.maksud saya..jika penumpang memerlukan bantuan..alangkah baik nya anda menyebut nama nya.kerjaya ini sgt mudah bila berada di jadual penerbangan domestik tetapi sedikit memerlukan homework bila mengikuti jadual tugasan utk international..dan waktu itulah kefasihan dlm berbahasa inggeris diperlukan..tetapi..atas pengalaman saya..ramai juga penumpang yg tidak tahu berbahasa inggeris dn disitu juga satu cabaran buat kita utk handle penumpang2 yg tidak fasih berbahasa inggeris..kerjaya ini menuntut bnyk kesabaran..rupa paras,ketinggian,kefasihan anda berbahasa cumalah syarat yg semata2 syarat tetapi anda dinilai lebih dr sudut pembawaan diri anda dan kepantasan anda bertindak matang dlm menjawab tiap soalan yg di ajukan semasa interview..bukan saya nak menghina yea..tetapi ramai yg saya lihat di cabin air asia ramai sebenarnya yg tidak layak menjadi pramugari dan pramugara..saya pernah jadi penumpang mencuba layanan cabin crew air asia utk penerbangan domestik..sedikit kecewa kerana tidak terpancar seri senyuman di raut wajah mereka..yg terlihat seakan mereka kepenatan melakukan rutin harian yg sama. benar bila lama diawan biru anda akan mula rasa sedikit bosan dgn kerjaya ini kecuali bg yg benar menjiwai kerjaya diawan biru ini..utk jadi pramugari/ra berjaya bukan letak nya pada kefasihah anda berbahasa tetapi yg amat ternilai ialah senyuman anda.gerak geri anda dia cabin..pembawaan diri anda di cabin dan lentur lirik mata anda bila berdepan penumpang.penat bosan atau apa saja perasaan anda..bila di cabin jgn lupe yea..SENYUM…terima kasih..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Panjang lebar juga komen dia, namun apa yang dapat saya simpulkan adalah:
- Masih ada peluang untuk sesiapa yang meminati bidang penerbangan meneruskan impian dengan memasuki kolej yang berkenaan
- Minat yang tinggi amatlah diperlukan untuk memastikan kita bekerja dengan sebaik mungkin.
Jadi buat seiapa yang bertanya soalan yang saya pun tak mampu nak jawab tu bolehlah baca komen bekas pramugara ini sendiri.
Terima kasih.
Komen anda yang lain juga di alu-alukan.
AM: Terima kasih AirAsia atas 4 tahun yang cukup bermakna saya menjadi AirAsia Bloggers Community ini. Banyak sudah aktiviti yang dapat saya sertai. Xie Xie.
Senyuman fake dengan senyuma ikhlas mudah dikesan. Apa2 pun so far pengalaman saya dgn cabin crew baik2 saja sebab saya baik kot? Eh
Enche Amir kuruslah dalam gambar tu… Sekarang macam ada budak dalam perut. Kbai.
Seronoknya dapat pengalaman macam ni… Teringat masa bawa anak-anak pergi ke Kidzania.. Bukan main seronok mereka, bila dapat peluang menimba pengalaman dalam bidang penerbangan… 😉