Aku Dah Kahwin La..
“Aku dah kahwin la.” Itulah ayat yang keluar dari mulut kawan aku. Tergamam aku dibuatnya. Dengan mimik muka yang entah apa-apa membuatkan aku percaya bulat-bulat dengan apa yang diceritakannya.
Alkisah bermula pabila aku selalu perhatikan kawan aku yang selalu nampak agak tertekan. Puas aku memujuk dia untuk bercerita apa masalah yang dihadapinya. Namun alasan yang sama diterima. “Aku takde apa-apa, mungkin letih sikit saja”. Itulah alasan bila diajak berbicara. Ikut kau la weh. Aku nak tolong kau pom hang tak kasi.. Jangan satgi ada orang terjun bangunan sudah.
Setiap hari memang jelas kelihatan riak letih dan penat di mukanya. Aku sekali lagi berseloroh dengan kawan aku ni. “Weh, hang apasal nampak tertekan je hari demi hari nih? Mati bini ka?”.. Aku selalu menggunakan ayat-ayat yang memang menusuk kalbu agar biar dia rasa panas sket.
“Aku dah kawin la Amir”. Banyak pekara aku nak kena pikir. Pasal isteri aku la, pasal keadaan dia kat sana la. Aku belajar kat sini dan dia belajar kat tempat lain. Memang banyak dugaannya.” katanya.
Aku bersemangat dengar. Dalam hati aku bestnyer ko dah kawin ek.. Lepas tu soalan bertalu-talu aku tanya dijawabnya dengan selamba dan serius. Oh! patutla hari demi hari nampak stress sangat.
Banyak jugak yang diceritakan tentang isteri dia. Terpaksa berkahwin pada usia muda dan kerana urusan keluarga. Aku sekadar menjadi pendengar bebas. Syok jugak dengar kawan dah kawin nih. Terasa diri ini ingin berada di tempat dia pulak..hahaha. Aku sekadar mendengar dan wujud tanda tanya yang banyak dalam minda aku.
Lepas beberapa ketika, seusai dia habis bercerita, aku pula bertanyakan beberapa soalan. Terlampau banyak soalan yang aku bertanya menyebabkab dia tidak dapat menjawab. Akhir sekali keluar dari mulut dia, ” Weh, hang percaya ke apa yang aku cakap tadi?”.
Aku tergamam. ” Hah? Aku mesti la percaya, Hang pun bukan muda lagi. Dah macam datuk orang dah aku tengok”. “Cilakak kau Amir! Sebenarnya aku temberang jer semuanya tadi. mana mungkin aku dah kawin sekarang”. katanya.
Cis! Rupanya aku ditipu. Memang angin jugak la aku. Punyalah excited dok dengar cerita dia tetiba dia cakap temberang. Macam drama dalam tv la pula, tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang meniggal dunia. “Habis tu yang kau muka cam tikus tertelan ubat gegat ni kenapa?”.
” Aku tension sket minggu ni banyak asignment. Terlampau banyak. Assignment Mass Transfer ko dah siap? Aku nak pinjam.” katanya.
” Cis!! Cakap la awal2 ko nak copy asignment aku. Tak payah la nak cerita pasal kawin bagai tu. Aku plak beria-ia jer percaya cerita merapu kau tuh. Buang masa aku jer.” Marah bukan main aku. nak pinjam asignment jer rupanya..haha3. Aku tertipu! tipah tertipu bang. Tipah tertipu..
AM: This week full of test and assignment…
damn..aku tahu mesti mu buat muka x sabar kea nk tahu cerita saim mu tu..hahaha
Hahah3.. Ado jugok hok make nyepak pree hari ni
hahahaha ceitt ! siyes lawak kawan ceni
smpai bile2 ley ngat haha
Memang ingt la.. Wajib ingat.. pasni senang nak kenakan dia balik..
hahaha nnty da kne kan hbaq mai k ahah
Adeh! memang kesian ko di tipu. hempok jek dengan assignment tu. hehe 🙂
memang kena hempok pun.. Siap pakej sekali ngan maki lagi..
HAHA.. Amir tertipu! Mesti geram je dengan kwn Amir tu kan ?? Hehe.. :p
Memang geram. Ase macam nak lempang jer muka dia..hehe3 ;D
Hahhahaa….. teruja nampak nak dengar citer pasal kawin yea…taktik yang bagus nak pinjam assignment member nie….
kski kencing gak la tu….tpi mmg bes da kawen masa belaja…membe aku pun ada yg buat mcm tuh….
Kaki kencing nih memang ada di mana-mana.. Jangan selelu jadi mangsa sudah..hehe3
hihihihi..mesti hot je..kene tipu bulat2.
Xper.. Lain hari balas balik..
bab kahwin ja mesti semua excited nak dengar! haha lawak2..
Of coz la..haha2