December 9, 2024
Hal-hal Semasa

Semua Dah Balik… Aku Sendirian..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Lusa kita raya Aidil Adha kan. Aku memang sedih sebab aku balik umah lewat.. Waa! orang lain semua dah balik. Tinggal 2 3 kerat jer lagi makhluk kat universiti aku nih. Tu pun ramai India dan Cina jer. Diorang memang la tak kalut nak balik sebab memang bukan diorang yang raya.

Aku balik bas pukul 2 petang hari Sabtu. Tu pom tak tahu la sampai pukul berapa kat rumah. Kawan-kawan cakap2 memang jem teruk la jalan. Semua memang dah sedia maklum yang jalan2 ke negeri pantai timur memang jem teruk waktu musim raya kan. Tambah2 kalau kat Kelantan. Ya Allah, memang sesak la.

Yang tu ok lagi kot sebab sekurang-kurangnya aku boleh la sampai sebelum hari raya. Tapi apa yang menyedihkan ialah mak aku ada la buat kenduri doa selamat sket hari Sabtu tu. Aku tak sempat la nak turut serta. Aku bertolak pom dah pukul 2 petang. Majlis tu buat lepas Zohor. Memang tak merasa la jawabnya. Sedih wa cakap sama lu.

Haha3.. Sesaje jer letak gambar nih.. Takde kaitan ngan entri ni pom sebenarnya

Takpe la. Walau tak dapat turut serta dalam majlis doa selamat tuh, aku berdoa dari jauh pom sudah cukup *ayat sedih

Mungkin inilah pengorbanan yang terpakas aku lakukan demi menuntut sedikit ilmu diperantauan. Semoga aku selamat sampai esok..

Dalam dingin Subuh, hatiku terusik. kenang nasib diri dirantauan. Tetapi aku harus, mencari ilmu, mebela nasib kita bersama….ooo

AM: Selamat Hari Raya Aidil Adha semua.. Semoga kita menjadi hamba Allah yang Soleh.. Aminn..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

13 thoughts on “Semua Dah Balik… Aku Sendirian..

  • paihujey

    tolok kul 2..dea molek kul 8 bas mapuh di highway..perhhh..memang menangis tak berlagu la kalau jadi gini..hehe..mitok2 jauh la..

    Reply
    • Haha3.. Mulut tu jangan celupar sangta la… Uzair aku nk gi rayo umoh mung nih.. Pahtuh tolong wak tubik sekut byk2 la..huhu3

      Reply
  • 2-3 kerat?dah kena potong utk korban raya aji ke??hehe…part kenduri doa slmt tu nape x pesan kat mak suruh smpn lauk ckit..dapat gak merasa.. 🙂 have a save journey!! 🙂

    Reply
    • 2 3 kerat sebab yang selebihnya dah balik..hehe3.. dah pesan dah tapi konpom sampai lewat gak la.. xbest jugak..
      thanks ya..Aminn.. Semoga slmt tiba..

      Reply
  • Jangan risau amir, aku nie lagi la..tak balik terus…duk raya kat rumah sewa sorang2…isnin ni, bangun pagi g solat raya sorang2…confirm koya jer aku rasa…huaaaa…sob sob

    Reply
    • Isnin? Kita raya Ahad la bro.. Ni memang koya dari awal lagi nih..he3 😉

      Reply
  • Ola Kamin

    kekeke
    sabor jer la~ 🙁

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *