October 5, 2024
Lain-Lain

Alhamdulillah.. Senang Bangun Pagi..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua! Apa khabar hari ini? Moga sehat sejahtera hendaknya. Esok sudah Isnin, permulaan minggu persekolahan..

Hari ni Amir nak cerita la sket tentang penginapan terbaru Amir for this semester.. Memandangkan semester baru bermula, everything gonna be new.. New class, new subject, new friends, new lecturer and of cos new room! but i’m gonna be the same.. =)

Alhamdulillah Amir still dapat penginapan dalam universiti lagi untuk tahun nih. Tak perlu la bersusah payah untuk cari rumah sewa. Rumah yang exactly sama macam tahun lepas cuma di belakang rumah lama Amir dulu sahaja..

Tapi posisi rumah kali ni memang strategik. Saya kata strategik kerana bilik saya memang betul2 depan pembesar suara surau.. Memang depan2 speaker surau la. Korang boleh bayangkan tak betapa kuatnya bunyi speaker tu untuk satu taman. But I’m the first house didepannya..

Jadi, memang tidak menjadi masalah untuk Amir bangun pada waktu pagi!! (aku memang susah sket nak bangun pagi) Alhamdulillah, xde alasan untuk lewat bangun untuk solat Subuh.. Masa orang azan tu memang boleh bersiap sedia untuk mandi dan pergi ke surau. Syukur la. Last semester walaupom dekat jer nga rumah sekrang tapi Amir tertanya2 kenapa macam sayup2 jer dengar azan. Mungkin posisi speaker tu kot. Tahun ni la memang bertuah sket..

Apepom, new semester akan ku tempuhi dan semoga berjaya dengan jayanya.. Aminn

AM: Esok sudah masuk minggu ke 2 pembelajaran untuk semester ini dan bermulanya kuiz.. Seramm..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Alhamdulillah.. Senang Bangun Pagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *