#amirmakan: Pencuci Mulut di Hotel Grand Continental
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sudah lama rasanya saya tidak mengemaskini entri saya untuk segmen #amirmakan. Baiklah, untuk kali ini saya ingin membawakan anda semua ke Hotel Grand Continental Kuala Lumpur.
Untuk segmen #amirmakan kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda pencuci mulut ataupun dessert di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur. Kali ini saya hanya tunjuk dessert kerana menu utama tidak sempat saya ambil gambar. hehe
Antara koleksi pencuci mulut yang ada. Memang menarik dan menaikkan selera. Variasi warna dan jenis yang pelbagai menambahkan lagi seri makanan yang disajikan.
Kek yang berada di sebelah kanan itu memang sedap. Banyak juga potongan yang saya berjaya makan. Yeah! memang lazat.
Puding Blackcurrent ini pun tidak kurang hebatnya. Rasanya manis-manis ditambah pula masamnya blackcurrent. Memang mencuci mulut la. Keseluruhannya., memang menarik pencuci mulut yang disediakan namun rasanya variasi mungkin boleh ditambah lagi.
Penilaian Amir: 4/3 Bintang
AM: Saya disini kerana program Akademi Sastera anjuran DBP
sedapnya makanannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn 😀
Salam.. sedap memang sedap tapi makan ingat2 nanti obesiti he he 🙂
Baiklah. Makan pun makan juga, kesihatan kena jaga.. kan.
sedaaaapnyerr… 🙂
Nampak Sedap la….