Dato’ Siti Nurhaliza Live In Kuantan

[important]

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia

[/important]

Di atas ini adalah antara bait-bait lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza yang bertajuk Biarlah Rahsia. Mungkin semua rakyat Malaysia sudah mengenali susuk tubuh yang bernama Dato’ Siti Nurhaliza ini. Bukan hanya di Malaysia, hatta di Indonesia juga, bahkan mungkin penyanyi terbaik Asia.

Saya membesar dengan mendengar lagu-lagu nyanyian Dato Siti. Dari lagu berentak balada, zapin, rock, irama pop dan segala rentak lagi saya dengari. Memang beliau seorang yang berbakat dan mampu membawakan pelbagai genre lagu yang berbeza.

Dari dulu hingga kini, suara lunaknya memang tidak berubah. Mampu mengasyikkan para pendengar lagunya. Bait-bait lagu yang didendangkan olehnya memang menjadi siulan anak-anak Malaysia. Tidak kira apa rentak jua. Seingat saya, dulu lagu Cindai memang menjadi siulan rakan-rakan semasa sekolah rendah. Sampaikan hari sukan buat tarian beriringkan lagu ini lagi. Memang nostalgik.

Baru-baru ini, Dato’ Siti ada membuat sedikit perkongsian pengalaman, motivasi dan ramah mesra bersama warga universiti saya, Univerisiti Malaysia Pahang. Itulah pertama kali saya melihatnya secara dekat. Sungguh santun orangnnya. Apepun, pertemuan selama setengah jam itu tidak mencukupi untuk saya berjumpa dengan penyanyi nombor 1 Malaysia ini.

Dato’ Siti di Dewan Astaka UMP baru-baru ini

Untuk pengetahuan semua, para pujaan ramai ini akan mengadakan mengadakan Konsert khas untuk peminat-peminatnya semua. Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Live In Kuantan. Butiran konsertnya adalah seperti berikut.

[notice]

Tarikh: 9 November 2012 (Friday)
Masa: 8.00pm
Tempat: Bukit Gambang Resort City, Kuantan 

[/notice]

Konsert ini dibawakan khas oleh Xpax untuk para peggunanya semua. Ayuh kita beramai-ramai ke konsert Dato Siti Live in Kuantan ini. Jom dengar sedikit promo tentang konsert ini dari Dato’ Siti.

Apa lagi kenalan mayaku semua, jom bersama kita meriahkan konsert ini. Saya sememangnya tidak sabar untuk turut serta dalam konsert ini. Konsert ini dijayakan lagi dengan penaja utama iaitu XPAX.
Dibawakan khas oleh XPAX- Ada X, Ada Segalanya
Terima kasih buat Nuffnang dan Xpax kerana memberikan peluang untuk saya bersama-sama dalam majlis ini.
Untuk pengetahuan pihak Nuffnang dan Xpax, saya sedang belajar di Universiti Malaysia Pahang di Gambang dan Bukit Gambang Resort City sememangnya dekat sahaja dengan tempat saya berada sekarang. Sehubungan dengan itu, penginapan dan juga pengangkutan tidak menjadi masalah kepada saya  walaupun pihak Nuffnang tidak menyediakan pengangkutan. Saya semangnya akan tiba dengan jayanya di sini. Terima kasih sekali lagi. 🙂
AM: Sememangnya tidak sabar untuk bersama-sama dalam konsert Dato’ Siti Nurhaliza ini.

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Dato’ Siti Nurhaliza Live In Kuantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge