Rezeki, RM600++ Dalam Masa 3 Hari
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Semoga dalam sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang semua.
RM600++? Tajuk nak kasi gempak je kan. Bukan dapat cash bedebuk pun. Syukur ada juga rezeki sikit dalam 3 hari berturut-turut ini. Apa yang aku dapat? ala dapat barangan biasa-biasa saja. Apepun bersyukur sangat. Dan buat pembaca semua, ada habuan jugak untuk anda.
- 21/10/2012
Dapat email dari Abang Budiey.com menyatakan bahawasanya saya berjaya dalam peraduan yang dianjurkan dalam blognya. Total hadiah bolehlah tengok kat bawah.
[notice]
Grand Prize
· GAP Denim Jeans worth RM 279
· Karmin – Hello album worth RM46.90
· Sony Music Hamper worth RM 200
[/notice]
- 22/10/12
Dapat panggilan dari pihak Nuffnang yang menyatakan bahawa saya mendapat tiket percuma konsert Dato Siti Live in Kuantan. Dapat sepasang tiket yang berharga RM238/198 setiap satu. Memang teruja sebab dapat buat liputan untuk konsert ini. Untuk maklumat lanjut boleh lah rujuk entri saya yang sebelumnya.
- Â 22/10/12
Petang tadi dalam kelas mendapat DM dari Churp-churp yang menyatakan saya mendapat baju Looper limited edition. Ala, memang lawa juga la baju nih. Memang menarik la. Tak sabar untuk mengambilnya dari pejabat Churp-churp nanti.
Setelah lama blog ini tidak dikemaskini, dengan mendapat sedikit suntikan semangat ini, menjadikan aku lebih bersemangat untuk menulis. Terima kasih. Semoga makin murah rezeki aku. Doakan ya semua.
AM: Cek Churp-churp RM208.00 yang diterima minggu lepas masih belum ditunaikan.
mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,amir….rezeki tu,hehe
hehe3.. Alhamdulillah..
hurmmm…. ko nie memang layan contest dan peraduan je kan….hahahaha
Tak selalu jugak bro.. Join jarang-jarang jer tapi rezeki kot.. 🙂
Pingback: Tea Tree Dry Skin Relief Percuma » amirnawawi | amirnawawi
Wah! Rezeki sungguh ni.. Tahniah amir! ^_^
hoho..terer. terer.. tahniah. tahniah!