November 7, 2024
Travel

#amirtravel: Muzium Sungai Lembing Kuantan Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar? Semoga anda semua sehat-sehat belaka hendaknya. Sudah lama rasanya saya tidak menulis di blog ini. Apapun saya baru sahaja habis semester 5 pengajian saya. Dan mungkin sepanjang cuti ini akan saya aktif semula menulis 🙂

Baiklah, hari ini anda bersama dalam segmen amirtavel lagi. Kali ini saya ingin membawa anda semua ke tempat bersejarah di negeri Pahang iaitu ke Sungai Lembing. Mungkin semua telah mengetahui asal usul Sungai Lembing kan? Kalau yang belum tahu tu boleh baca kat sini ya 🙂

Kalau anda bertandang ke Sungai Lembing, jangan lupa untuk masuk ke Muzium Sungai Lembing. Pelbagai artifak sertai penceritaan mengenai Sungai Lembing dipaparkan dalam muzium ini. Dan masuk ke dalam muzium ini adalah PERCUMA!. Jom kita tengok apa yang ada dalam Muzium Sungai Lembing ini ya

Tempat beradu Sultan

Dalam betul lombong buatan ini. Anda patut datang untuk melihat sendiri kedalaman lombong ini 🙂

Pelbagai lagi benda menarik ada dalam ini. Kalian patut datang sendiri untuk merasainya. Dan dikhabarkan juga perkidmatan RapidKuantan juga anda datang ke sini. Jom penuhi cuti anda dengan mempelajari asal usul negara. 🙂

 

AM: Mendaki Bukit Panorama memang menarik. Anda patut mendakinya dan menikmati panorama matahari terbenam di puncak bukit itu 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

10 thoughts on “#amirtravel: Muzium Sungai Lembing Kuantan Pahang

  • amirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr,muzium dia unik sgt kannnnn….amir g dop air terjun pelangi?

    Reply
      • atas nun lagi… kat area sg.lembing gop amir,serius pelangi depan mata,seronok 🙂

        Reply
  • bestnyaa.. sy penah main air kt sungai lembing time pergi taman negara bulan lepas. best kot.

    Reply
  • kalau ade JV dengan kementerian pelancongan pahang mesti best kan…. apapun nanti ko boleh start citer pasal tempat keje baru tu yekkk….hahahahaha

    Reply
  • Macam menarik Muzim Sungai Lembing menyingkap aktiviti melombong yang pernah merancak ekonomi di sungai Lembing ini.

    Reply
  • Wah, ini kampung ayah saya ni, nanti kalau ada peluang balik kampung boleh jugak singgah sini. Nak tau jugak asal usul tempat lombong paling besar kat dunia dulu ni,

    Terima kasih Amir untuk perkongsian ni! 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *