Antara Scam yang Diterima Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah sudah lama rasanya aku tak berkongsikan hal-hal berkaitan blogging dalam entri kau. Jadi kali ini aku kembali berkongsi mengenai scam yang pernah diterima blogger. Aku pun pernah juga ken beberapa scam ni.

cropped-an2.png

Scam atau ditipu ini biasa. Dalam dunia blogging pun tak kurang hebatnya. Ada juga weh. Namun biasanya yang  tak berapa alert la yang ditipu. Tapi kalau nak kena tipu ni tak kira sesiapa, semua pun akan kena. Fuh!

Berikut antara beberapa scam yang blogger aku pernah kena

1. Dijanjikan habuan namun sebenarnya tiada.

Yang ini paling koman biasa pernah kena. Kena pergi event itu ini, Tulis blogpost bagai nak rak tapi alih-alih senyap je pihak sebelah sana. Ke awak dah bisu??

2. Dapat baucer namun apebenda entah

Yang ni paling aku geram. Pernah gak la dapat vaucher. Kemain excited. Kononnya berbaloi la dengan apa kita buat. Tapi alih-alih dapat voucher 50 hinggit tapi kena beli barang dia yang harga reribu tu baru valid. What? babi

3. Buat draft hantar dan senyap

Yang ni biasa juga. Deal punya deal dekat email. Siap suruh kita buat draft ape benda tu semua. Bila siap draft hantar ke pihak mereka terus senyap. What? Kalau reject cakap la reject, ni senyap seribu bahasa dah apehal? Aku taip draft tu pakai otak gak nak fikir.

4. Pergi event tapi macam hauk

Ajak pergi event kemain. Ingatkan event ok la. Boleh mingle mingle dan sesuai. Ni tidak, pergi event lauching, bagi press release dan balik. Dahla event tak bayar pun. Kita ikhlas pergi. Ermmm. minum-minum takde ke? Ke memang takde bajet.

5. Event 2-3 jam tapi mintak tulis 4-5 entri

Yang ni biasa kena kan? Gi event sekejap jer, tapi siap suruh tulis 4-5 entri lagi in return. What? Not worth it la for me. For others I don’t know.

Itu antara apa yang pernah aku lalui. Bukan semua event macam ni ya. ada je yang best. Tak berbayar pun tak apa. Bila pihak PR tu ok je ngan kita, aku ok je ngan mereka. Bak kata Tuan Anas Mikael,

Awak jaga saya elok-elok, saya jaga awak elok-elok

Ala, kau blogger picisan je, nak demand lebih konon. Bukan demand tapi benda lain yang saya kena consider. Ini pekara yang dah biasa kan. Kalau sudi katakan sudi, tidak aku ternanti-nanti. gituh!

Clean and clear kan. Tapi bila kena sekali tu memang serik la. No more after this.

So, apa lagi yang tuan-puan pernah kena?

AM: Tu blogger yang kena scam. TAPI ADA JUGA BLOGGER YANG SCAM PR! Tu kita cerita lain kali.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

5 thoughts on “Antara Scam yang Diterima Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge