Pedas dan Panas? Relaks La Bro..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya ceritakan pengalaman saya makan makanan yang super duper pedas.

Mungkin semua sudah mengikuti Instagram dan Facebook saya telah mengetahui yang saya telah hadir ke Chill Rush di Jaya One pada Sabtu lepas untuk event Cool Tea Spicy Challenge. Banyak gambar yang telah saya post kat sana. Jadi kali ini dalam entri ini ingin saya kongsikan dengan anda semua pengalaman saya secara terperinci.

DSC01555

Event  tempoh hari sebenarnya nak cari sape paling hero makan makanan pedas. Memang menarik juga la. Bersemangat saya nak mencuba makanan pedas. Almaklumlah memang feveret makanan yang pedas ni. Kalau pergi ke kedai makan lain pun memang saya mintak cili potong lebih. Makan kalau takde cili memang tak best tau.

Nak dijadikan cerita, saya sampai pukul 6.30 petang ke Chilli Rush ni. Ikut punya ikut Google Maps dia bawak masuk jalan dalam Universiti Malaya. Bukan orang semabarangan yang masuk kawasan universiti. Namun, saya kan belajar juga pasal teater dulu. Buat muka slumber tak bersalah, lambai je kat polis yang jaga pintu masuk tu dan keluar ikut pintu belakang. Memang tak boleh percaya dah google maps lepas ni..hehe

Rupanya ingatkan saya yang pertama sampai, tapi ada lagi blogger lain yang dah sampai. Nuffies pun semua dah ada kat sana. Jumpa la kawan-kawan blogger saya semua.. Borak punya borak dengan blogger lain sehingga semua sampai.

Dah namanya pun Restoren Chilli Rush. Tak sah kalau tak kasi rasa cili tu kan. Sebagai welcome drink, kami disajikan dengan air cili. Oh! Memang manis dan pedas. Tak tertahan dek tekak saya. Sebab saya tak suka minuman yang terlampau manis. Memang sesiapa yang suka manis + pedas kena cuba. Makan malam bermula dan sedikit penerangan daripada wakil Mamee.

DSC01561 DSC01570

Pusingan pertama, 5 orang blogger akan bertarung makan ayam goring berlada yang super duper hitam tu. Tu bukan goring kicap tetapi lada yang banyak menjadikan iainya hitam sebegitu. Mengerikan kan? Kami yang rasa ni lagi la. Setelah beberapa kumpulan beradu, makan juara dari pusingan pertama ini di tentukan dalam pusingan akhir. Mana saya? Nama saya tercicir untuk pusingan pertama! Agak menyedihkan juga la..erm

DSC01593

Seramai 5 orang telah berjaya ke pusingan terakhir. Saya memang tak ada la sebab pusingan pertama pun dah tak masuk. Selamat berjaya untuk semua yang bertanding. Saya memang sokong madi la sebab dia kawan saya dah lama. Maka perlawanan makan ayam pun bermula, 12 ketul ayam diletakkan didepan setiap perserta dan masa 4 minit diberikan.

DSC01599

Sokong punya sokong si Madi ni alih-alih 2 ketul sahaja yang berjaya dihabiskan. Saya salute pada kawan si Marou ni yang telah berjaya habiskan 5 ketul ayam dalam masa 4 minit tersebut. Akhirnya juara pun telah diketahui. Tahniah semua. Oh! Lupa nak beritahu bahawa semasa mereka makan ayam tersebut, tidak dibenarkan untuk minum air Cool Tea, selepas selesai makan ayam baru mereka boleh minum air tersebut.

DSC01619

Memandangkan nama saya tercicir pada awalnya, jadi untuk mengenakan saya, saya dipaksa juga untuk makan ayam tersebut. Satu sesi khas diadakan antara saya dan Lance iaitu Nuffies dan juga MC pada malam tersebut. Sebelum makan kami bersalaman dahulu. Oh! Yang kelakarnya tangan dia menggigil! Hahaha. Ketakutan nampaknya dia.

DSC01629

DSC01633 DSC01636

Sebenarnya saya juga takut tapi memandangkan tadi saya dah cakap besar dekat Madi, malu la pula saya nak quit separuh jalan kan. Maka ayam yang dinantikan pun telah sampai. Hitam legam dan berasap kot. Maka pertandingan pun bermula. Memandangkan ayam itu panas, pertama sekali saya buangkan tulang ayam tersebut dan biarkan isi sahaja. Seterusnya telan sekali gus. Fuh! Memang menyegat kot. Bau sahaja pun memang terasa panasnya.

DSC01601

Setelah 4 minit berakhir, saya berjaya habiskan 4 ketul ayam! Satu pencapaian yang membanggakan jugak la. Si Lance berjaya habiskan 2 ketul sahaja. Walaupun tak menang apa-apa tapi saya tetap gembira sebab berjaya kalahkan si Lance ni..hehe

DSC01646

Tapi yang paling penting, lepas je habis masa tu semua, terus je ambil Cool Tea ni. Bukan sebotol tapi 2 botol yang berjaya diteguk oleh saya. Sebenarnya pedas tu tak lama pun. Sebab memang fungsi utama Cool Tea ini adalah untuk membantu mengurangkan kepedasan dan panas pada diri anda.

Cool Tea ini sebenarnya keluaran terbaru Mamee. Cool Tea  mengandungi 8 herba teprilih yang bersesuaian untuk melawan rasa panas dan pedas dalam diri anda. Kandungannya adalah liquorice root, lotus leaf, honeysuckle dan chrysanthemum flower, selfheal, grosvenor momordica fruit, mulberry leaf and mesona chinensis. Ramai yang tanya sedap ke tak rasa dia. Bagi saya yang memang tekak Melayu asli ni, rasanya memang sesuai dan sedap seperti air teh biasa yang kita minum. Jadi tiada masalah untuk anda mencubanya.

DSC01554

Terdapat 3 perisa yang ada di pasaran iaitu rasa asli, teh hijau dan chrisentimum. Cool tea boleh didapati di 7-Eleven stores, Aeon, Tesco, The Store, Giant, Aeon Big, Econsave, KK Mart, Shell and Mydin. Jadi buat sesiapa yang bercadang untuk berjalan jauh pulang ke kampung halaman musim cuti ini bolehlah sediakan Cool Tea dalam kereta anda. Sebagai persedian awal untuk elak kepanasan yang melampau nanti.

Untuk anda yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Cool Tea ini bolehlah melayari medium seperti di bawah.

Facebook : www.facebook.com/mameecooltea

Instagram : www.instagram.com/mameecooltea/

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Pedas dan Panas? Relaks La Bro..

  • December 30, 2015 at 12:25 pm
    Permalink

    tak jadi sangat beb.

    aku dah try air tu.

    biasa aje. untuk sejukkan tekak..ok sikit la.

    kalau makan pedas..tetap kena produk tenusu atau air susu yang boleh cover pedas tu. hoho..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *