March 23, 2025
Lain-Lain

Cek Dari Nuffnang dan Churp-Churp

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai cek dari Nuffnang dan Churp-churp.

 

Semua sedia maklum bahawasanya cek dari Nuffnang dan churp-churp ini akan dihantar setelah 2 bulan terakhir kita cash out. Sebagai contoh jika cashout bulan Januari, maka cek kita akan sampai bulan Mac.

Tak kira la kalau bulan Januari tu anda cashout awal bulan atau akhir bulan, cek anda tetap akan sampai bulan Mac. Itu prinsip dia. Jadi bila anda cashout awal bulan dan anda merungut bila cek lambat sampai itu tiada gunanya. Untuk lebih terasa cepatnya, cashout la hujung bulan..huhuhu

 

Biasanya dalam pertengahan bulan kedua tersebut, cek anda sudah siap diproses. Ianya akan dihantar terus kepada alamat rumah yang anda berikan. Sebelum cek sampai itu, akan ada email pemberitahuan dari HSBC iaitu dipanggil payment advice. Jadi kalau dah terima email tu, anda boleh la jangka yang anda akan terima surat biasanya seminggu selepas itu.

nufff

Jadi dari apa yang saya kongiskan di sini, moral of the story nya ialah, cashout la di akhir bulan..huhuhu

 

AM: Jarang aku kongsi pasal ini.. Tapi biasalah bila boring nih, semua nak diceritakan.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “Cek Dari Nuffnang dan Churp-Churp

  • Tahniah… dah lama betul saya tak login dan promote Churp Churp… tak tahulan ada berapa duit dlm akaun tu… huhuhu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *