December 13, 2024
Food

Honey Crème, Kini di Lembah Klang!

Penggemar pemanis mulut di Lembah Klang akan bergembira dengan ketibaan Honey Crème, jenama premium ais krim lembut organik yang mempunyai pengikut tegar di beberapa negara lain, di Desa Sri Hartamas.

Ais krim menanggung stigma sebagai makanan yang tidak sihat dan kurang khasiat tetapi menikmati Honey Crème bukan sesuatu yang patut dipandang begitu dan hanya patut dimakan pada hari-hari anda tidak berdiet. Honey Cream dicipta dengan bahan-bahan organik premium dari seluruh dunia termasuk susu organik dan krim terbaik dari Korea.

Ais krim lembut Honey Cream boleh menjadi pilihan yang lebih sihat dengan bahan tambahan berkhasiat seperti indung madu asli, bijirin campuran organik, coklat gelap yang baik untuk kesihatan jantung atau pilihan mudah lagi enak iaitu bertih jagung atau gula kapas.

Sesuatu yang mesti dicuba oleh peminat kopi ialah Ais krim Lembut Affogato. Krim Madu berkrim dengan sentuhan renjisan espresso yang hebat beraroma yang memberikan sensasi pahit manis yang pasti akan meriangkan pencinta kopi. Espresso hangat yang kelihatan melata di atas ais krim lembut sejuk memberikan perasaan tenang kepada insan-insan letih yang memerlukan semangat baru.

Jika anda berasa sayu penuh melankolia, sepintal gula kapas yang dihasilkan dengan gula organik di atas manisan anda akan mengimbau memori manis zaman kanak-kanak sambil meninggalkan rasa mewah di lidah anda. Tidak seperti gula kapas yang lazimnya ditambah pewarna, versi warna putih lembut Honey Crème tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan atau perisa.

Gula kapas manis ditaburi garam batu merah jambu Itali memberikan rasa berlawanan yang bermain di lidah. Gula pintal yang lembut dan ringan di atas ais krim lembut akan membuatkan kepala anda berasa ringan, seperti anda baru sahaja berjalan melalui awan.

Pilihan bertih jagung berkaramel memberikan rasa lembut, serta rangup jagung Amerika dan Honey Creme di dalam satu sinergi pelbagai rasa yang akan membuatkan anda mahukan lebih lagi. Karamel rapuh, rangup yang diletakkkan ke atas ais krim lembut Honey Creme menjadi seperti cahaya indah di di atas puncak bersalji.

Ikuti Honey Crème di:

Facebook: https://www.facebook.com/HoneyCremeKL

Instagram: Honey Crème Hartamas

 

 

Honey Crème Hartamas

Alamat: 20, Jalan 27/20A Desa Sri Hartamas, 50480 KL

Isnin hingga Khamis 12pm – 10pm

Jumaat hingga Ahad 12pm – 11pm

Dibuka setiap hari

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *