March 21, 2025
Food

Citarasa Asli Indonesia di Bumbu Desa

Citarasa Asli Indonesia di Bumbu Desa| Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya berkongsi dengan anda semua tempat makan yang sememangnya menarik di tempat kunjungan ramai iaitu Restoren Bumbu Desa di KLCC.

Untuk makluman semua, minggu lepas saya berkesempatan untuk berkunjung ke Restoren Bumbu Desa di KLCC ini. Tempat kerja saya sekarang tidaklah jauh sangat dengan tempat ini. Lagipun tempat ini merupakan laluan saya balik dari kerja setiap hari. Namun hari ini berpeluang untuk merasai apa yang dinamakan masakan terbaik Indonesia.

DSC01752

Sebenarnya saya tidak tahu yang Restoren Bumbu Desa ini menyediakan masakan Indonesia, saya fikirkan masakan tempatan Malaysia, namun setelah melihat taglinenya iaitu ‘Indonesia’s Leading Restaurant Chain’ barulah saya tahu yang Restoren Bumbu Desa ini asalnya dari Indonesia. Jadi setelah merisik sedikit mengenai restoren ini, saya memang tak sabar untuk mencuba masakan di sini.

Sebenarnya saya memang peminat setia masakan Indonesia. Rasanya yang sesuai dengan selera orang Malaysia. Maklumlah Malaysia dan Indonesia adalah serumpun. Citarasa juga tidak jauh berbeza. Namun disebalik masakan Indonesia itu ada keunikkannya yang tersendiri. Saya paling gemar makan bakso dan ayam penyet. Namun untuk dapat yang asli dari Indonesia itu kita harus memilih.

Biasanya kalau masakan asli indonesia, kita biasa dengar berkenaan gado-gado, bakso, pecel lele, sup rawon, tempe dan ayam penyet. Namun tahukah anda yang masih terdapat beribu masakan asli Indonesia lain yang amat sedap dan menyelerakan. Tidak hanya berasaskan lembu dan ayam, terdapat juga masakan yang berasaskan ikan dan haiwan laut yang lain. Lebih variasi dalam masakan mereka.

Terletak di tingkat 4 Suria KLCC, jika dilihat dari luar, sememangnya restoren ini nampak gah dan elegant. Namun jangan khuatir, ianya merupakan restoren mampu kunjung untuk semua rakyat Malaysia. Dan jangan terkejut jika bila anda melangkah masuk ke dalam restoren ini anda disambut dengan meriah oleh pekerja mereka. Saya tak pasti apa yang disebut mereka namun ianya seakan ‘Selamat Datang’ atau ‘Welcome’ dalam bahasa asli Indonesia.

bumbu 22
Ruangan dalam kedai yang kondusif
bumbu 23
Hiasan dalaman asli dari Indonesia

bumbu 25

Terdapat pelabagai pilihan makanan yang disediakan di sini. Hanya perlu pilih dan pesan. Makanan anda akan dimasak mengikut pilihan makanan yang anda pilih. Namun jangan bimbang kerana masa menunggu tidaklah lama. Makanan dihidang segar dan panas-panas. Memang syok makan panas-panas.

Kami dihidangkan gado-gado, perkedel jagung, tempe goreng dan tauhu goreng sebagai pembuka selera. Sebelum ini setelah berkunjung ke Indonesia, saya telah merasa sendiri gado-gado di sana dan rasanya tidak banyak beza. Namun yang menjadi persoalan kami pada malam itu adalah kuahnya. Rasanya seperti kuah kacang yang biasa di makan dengan sate. Namun kawan-kawan saya mengatakan ianya berbeza. Mungkin lidah saya sahaja yang merasa sebegitu. Apapun ianya sesuatu yang membangkitkan selera kami untuk ke juadah yang seterusnya.

bumbu 15
Perkedel Jagung, Tempe Goreng dan Tauhu Goreng
bumbu 16
gado-gado asli Indonesia

Seterusnya kami dihidangkan dengan makanan utama iaitu kari kepala ikan dan juga semestinya ikan talapia goreng. Ini merupakan kali pertama saya mencuba kari kepala ikan sebegini. Rasa kuahnya yang menyelerakan dan pekat. Ikan talapia gorengnya pula digoreng garing hinggakan anda dapat makan sirip ikan seperti keropok. My feveret ni. Yang pastinya ikan talapia goreng ini dihidangkan dengan sambal kicap. Yummeh!

bumbu 8
Ikan talapia goreng
bumbu 17
Kari kepala ikan

Selain itu juga, mengiringi hidangan utama adalah ayam cabai ijo atau dalam bahasa Melayunya Ayam Cili Hijau. Nampak tak bertapa banyaknya cili hijau yang ada di atas ayam tersebut. Namun jangan bimbang, tahap kepedasanya tidaklah super duper pedas dan boleh dinikmati oleh semua. Kami juga dihidangkan dengan sup kaki kambing dan juga kambing masak hitam. Sup kaki kambing yang lembut membuatkan saya nak tambah lagi. Nak makan sampai puas. Memang sedap. Daging kambingnya yang lembut dan boleh diibaratkan cair di dalam mulut (melt in mouth).

bumbu 19 bumbu 7Seterusnya jika ada lauk utama, mestilah ada nasi bukan? Tak asian la kalau tak makan nasi kan? Nasi yang dihidangkan kepada kami ini diberi nama nasi liwet. Nasi yang lembut dihidangkan bersama ikan bilis goreng garing sememangnya membangkitkan selera. Satu mangkuk mana cukup, paling kurang pun kena makan 2 mangkuk baru puas hati. Sayur pula adalah sayur tumis kailan. Masakan ini pun not bad. Wajib cuba..

bumbu 18
Nasi liwet
bumbu desa
Tumis kailan

Kalau dah ada makanan wajib la dihidangkan air bukan? Sebenarnya air kami dihidangkan awal ketibaan kami. Apa yang dipesan adalah air yang sememangnya menjadi kegemaran pelanggan di Restoren Bumbu Desa ini. Apa yang dipesan adalah Soda Gembira, Es Cendol dan Es Jeruk Kelapa. Saya sendiri memesan es jeruk kelapa atau nama melayunya air oren kelapa. Memang sedap kombinasi air kelapa dan air oren. Patut dicuba untuk semua yang inginkan kelainan dalam menu anda.

bumbu 14

Sebagai pencuci mulut, kami dihidangkan dengan kueh bakar dan pisang saus karamel bersama aiskrim. Pisang yang dihidangkan adalah pisang sira dan dihidangkan bersama aiskrim vanilla. Buah kismis dan coklat ditabur untuk menambah lagi kesedapan hidangan ini. Yang ini pun anda wajib coba jika berkunjung ke sini.

bumbu 20
Kueh bakar
bumbu 21
Pisang Saus Karamel bersama Aiskrim

Selain makan di atas, terdapat pelbagai lagi hidangan yang disajikan di Restoren Bumbu Desa ini. Antaranya ialah seperti dibawah.

bumbu 4 bumbu 3 bumbu desa2 bumbu 13 bumbu 12 bumbu 11 bumbu 10 bumbu 9 bumbu 6 bumbu 5

Terasa ingin mencuba makanan seperti di atas, jangan lupa berkunjung ke Restoren Bumbu Desa di Suria KLCC. Ianya dibuka pada pukul 11 pagi hingga 10 malam. Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman facebook mereka seperti di pautan dibawah.

www.facebook.com/bumbudesaMY

 

AM: Memang berpuas hati dan anda sendiri patut datang ke sini bersama keluarga dan kawan-kawan. I will come again after this.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Citarasa Asli Indonesia di Bumbu Desa

  • wahh..

    nampak menyelerakan sungguh nih lauk-lauknya semua.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *