Dalam Rezeki Kita, Ada Hak Orang Lain- Jom Berzakat!
Asaalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman. semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai pembayaran zakat.
Kenapa dok sibuk pasal zakat pulak ni? Kita memang kena sibuk pasal zakat wahai sahabat semua. Sebab apa? Sebab ia merupakan antara Rukun Islam iaitu menunaikan zakat bagi yang mampu. Jika anda tergolong dalam kumpulan di bawah maka anda diwajibkan untuk membayar zakat:
- Islam
- Merdeka
- Milik sempurna
- Cukup nisab
- Cukup Haul
- Niat untuk berniaga ( syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja)
Ya! Saya memang dah cukup syarat tapi bagaimana nak bayar ni?
Anda boleh bayar kepada Pusat Pungutan Zakat negeri masing-masing. Namun pada kali ini saya akan lebih memfokuskan kepada pembayaran zakat kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Untuk makluman semua, PPZ-MAIWP ini adalah agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan mula beroperasi pada 1 Januari 1991 bagi bertujuan mengutip zakat. Wah! Dah 25 tahun dah la. Sebaya dengan umur aku. Antara objektif penubuhan Pusat Pungutan Zakat ini adalah untuk meningkatkan pungutan zakat, memudahkan pembayaran zakat, mendidik masyarakat Islam tentang tanggungjawab berzakat,memperkenalkan sistem pungutan zakat berkomputer, memperkenalkan cara korporat dalam pengurusan memungut zakat.
Demi memudahkan pembayaran zakat dilakukan, maka beberapa kaedah diperkenalkan iaitu:
- Portal – www.zakat.com.my
- Aplikasi i-zakat
- Kaunter-kaunter PPZ-MAIWP
- Perbankan Internet
- Skim Thohir
- Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP
Untuk makluman semua, bermula 28 hingga 31 Disember ini, bagi memudahkan kita semua berzakat, pihak PPZ-MAIWP telah melanjutkan operasi kaunter pembayaran sehingga jam 8 malam. Ini adalah bagi emudahkan para pembayar zakat yang tidak sempat untuk membayar zakat. Bagi memilih untuk membayar di kaunter, 10 kaunter PPZ-MAIWP beroperasi selama 7 hari seminggu termasuk cuti umum di sepanjang bulan Disember ini. Kaunter dibuka dari jam 8.15 hingga 4.45 petang. Bagi kaunter di UTC pudu pula ianya dibuka dari 8.15 pagi hingga 10 malam.
Terdapat Sebelas kaunter PPZ-MAIWP iaitu di
- Taman Shamelin perkasa Cheras,
- Wangsa Maju Seksyen 5,
- Putrajaya Presint 9,
- Putrajaya Presint 15 Diplomatik,
- Anjung Niaga taman Tun Dr Ismail,
- Daruzzakah Lorong haji husien 2,
- Masjid Al-Imam Al-Ghazali Kepong,
- Masjid Abd Rahman Bin Auf Jalan Puchong,
- Masjid negara,
- UTCKL Pudu Sentral
- Labuan Times Square
Selain pembayaran terus di kaunter, bagi yang tiada masa untuk ke tempat tersebut juga obleh membuat pembayaran melalui laman web PPZ-MAIWP iaitu di www.zakat.com.my. Ini adalah lebih mudah kerana ianya hanya dihujung jari sahaja.
Kemana duit zakat dibelanjakan? ramai je orang miskin kat luar sana tu. Pihak zakat tak buat kerja ke?
Jawapan: Untuk makluman semua, PPZ-MAIWP hanya menguruskan urusan kutipan zakat, manakala bagi urusan agihan zakat iaianya diuruskan oleh pihak Baitulmal. Telah banyak program yang telah dilaksanakan oleh mereka untuk mengesan asnaf-asnaf yang berkelayakan. untuk mengentahui dengan lebih lanjut aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak baitulmal bolehlah layari laman facebook mereka.
jom tunaikan zakat bagi pembersihan harta pendapatan.
Jom.. Dalam rezeki kita ada hak orang lain..