April 16, 2024
Lain-Lain

Barang Basah Murah di Segi Fresh Market

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Segi Fresh Market.

Untuk makluman semua, saya merupakan seorang yang suka pergi ke pasar untuk membeli barangan basah. Saya tak tahulah kalau lelaki lain gemar atau tidak. Tapi bagi saya, satu kepuasan bila pergi ke pasar dan lihat barangan dapur.

Saya merupakan seorang yang suka pergi ke pasar untuk membeli barangan basah. Saya tak tahulah kalau lelaki lain gemar atau tidak. Tapi bagi saya, satu kepuasan bila pergi ke pasar dan lihat barangan dapur.

Saya memang seorang yang suka masak dan makan jadi memang menjadi kebiasaan untuk saya shopping barang dapur saya sendiri. Ibarat seorang kanak-kanak masuk ke taman permainan, begitulah apa saya rasa bila ke pasar basah. Mengujakan!

Ada sahaja barangan yang ingin saya beli. Ada sahaja menu yang terlintas dalam fikiran untuk saya cuba. Lihat sahaja apa jenis barangan yang dijual, terus terfikir nak masak apa dengan barangan tersebut. Tak tahu la, tapi rasa macam ketagihan pula. Maaf kalau anda rasa minat saya ini pelik.

Jadi pada hujung minggu lepas, saya telah berkunjung ke Segi Fresh Market di Balakong. Segi Fresh Market merupakan salah satu tempat yang memang saya kunjungi untuk mendapatkan barang basah. Mana tidaknya, ianya dekat dengan rumah saya dan menawarkan pelbagai variasi produk.

Dari produk basah sehingga makanan dalam tin dan paket. Memang semua lengkaplah. Dari sayur, ayam, ikan, daging dan pelbagai lagi. Bukan hanya saya, tetapi keluarga saya sendiri mengakui yang barangan basah di Segi Fresh Market ini antara yang termurah di pasaran.

Makanan sejuk beku

Sebut sahaja barang basah, pasti abang dan kakak saya akan cakap tentang Segi Fresh Market. Betapa dekatnya pasaraya ini dengan kami sekeluarga. Jadi pada minggu lepas, sekali lagi saya berkunjung ke Segi Fresh Market untuk membeli beberapa barangan dapur kami.

Eksited dan teruja! Ibarat datang ke taman permainan, terus otak saya ligat memikirkan apa yang saya nak masak nanti. Kena beli untuk stok seminggu ni sebabnya nanti tak payah datang dah waktu hari bekerja.

Jadi apa lagi, terus saya sambar daging dan ikan yang dijual di sini. Selain itu juga, saya ambil udang dan juga kerang. Memang terbaiklah. Ikan dan ayam yang dijual di sini juga sesegar belaka.

Harga ayam yang dijual juga cukup murah. Hanya RM4.99 sahaja sewaktu entri ini ditulis. Antara yang termurah yang saya jumpa setakat ini. Selain itu juga, terdapat sayur-sayuran segar untuk anda pilih. Ini kalau buat goreng ikan bilis pun sedap.

Terdapat juga buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain. Banyak pilihan yang dapat anda pilih dan beli. Yang pasti ianya pada harga yang berpatutan.

Dengan 32 cawangan diseluruh Malaysia, Segi Fresh Market pastinya menjadi pilihan buat kita rakyat Malaysia utnuk berbelanja selain untuk berjimat dalam membeli barangan dapur.

Nah! Penuh satu troli saya borong barangan basah. Anda tak teringin ke nak datang ke sini juga?

Untuk maklumat lanjut berkenaan Segi Fresh Market bolehlah melayari mana-mana medium di bawah:

Untuk maklumat lanjut dan promosi boleh layari :-
Website : www.segifresh.com
Facebook : www.facebook.com/segifresh
Instagram : www.instagram.com/segifreshmarket

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Barang Basah Murah di Segi Fresh Market

  • dulu2…suami saya je yang selalu pergi pasar beli sayur dan lauk2 semua ni. sekarang dia busy, saya ganti laa. tapi sy pergi pasar harian je..dekat dengan rumah. tapi kotor sikit la..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *