Bayar Lebih Untuk Guna Tandas Bersih?

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca yang budiman sekalian. Salam hari Jumaat yang penuh barokah. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada kali ini ingin saya utarakan perbincangan ataupun buah fikiran mengenai isu tandas bersih yang berlaku di Malaysia.

Saya yakin manusia yang normal perlu ke tandas paling minimum pun sekali sehari untuk melunaskan segala hajat yang ada, namun adakah anda seorang yang amat tidak memilih untuk menggunakan tandas yang bagaimanapun rupanya?

Saya yakin semua rakyat Malaysia pernah menggunakan tandas awam. Bagaimana penilaian anda?

[important]

1) Ok la sebab nak buang air sahaja

2) Terbaik.

3) Kotor sangat.

4) Tandas je pun. Apa yang dikisahkan.

[/important]

tandas

Mungkin ada yang tidak kisah namun ada beberapa tandas awam yang sememangnya tak lalu untuk saya gunakan. Saya bukanlah cerewet sangat. Nak buang air je pun, takkan la nak tandas sampai ada aircond. Bukan begitu maksud saya. Ini demi keselesaan pengguna. Ada tandas yang nak masuk tu bayar kemain. Sekarang paling minumum dah 30 sen sekali masuk. Tapi bila masuk banyak pulak benda yang ada dalam toilet tuh. ‘Kayu balak” dan ‘air hujan’ penuh dalam mangkuk tandas. Oh!

Mungkin tak boleh salahkan penjaga, namun sebahagian rakyat Malaysia mungkin masih kurang sivik pasal hal ini. Ataupun masih ada yang belum tahu menggunakan tandas dengan betul! Tu belum iklan-iklan mengarut kat sekeliling tandas tu.

Apapun tandas di pusat membeli belah biasanya yang selesa untuk digunakan. Sebab mungkin tu salah satu aspek keselesaan pengguna yang dititik beratkan. Bagi saya, saya rela untuk membayar lebih untuk menggunakan tandas yang selesa dari bayar 30 sen untuk perkhidmatan yang entah apa-apa.

Anda pula bagaimana?

AM: Tandas awam bayar 30sen, tandas stesen LRT RM1.20. Aku rela guna tandas kat stesen LRT.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

15 thoughts on “Bayar Lebih Untuk Guna Tandas Bersih?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge