Belajar Atau Bekerja?
“Sepatutnya umur kita sekarang nih kita dah dapat membantu family kita dah. Kena kerja dan bantu keluarga”. Itulah satu rangkap perbualan saya dengan seseorang.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Salam hebat-hebat dan salam kejayaan. Perbualan di atas adalah antara secebis perbualan aku bersama seorang kawanku yang sedikit muda dengan aku. Mungkin persoalan tersebut tidak keluar dari mulut seorang yang masih belajar seperti kami.
Umur aku mungkin sedikit tua dari beliau namun apa yang membuatkan aku terfikir sejenak ialah bagaimana beliau boleh terfikir untuk bekerja untuk membantu keluarga sedangkan kami masih menuntut. Aku pada umur sebayanya mungkin tidak pernah terfikir lagi untuk bekerja oleh kerana sentiasa dibantu oleh keluarga dari segenap aspek. Apa sahaja yang aku mahu aku akan dapat bila diminta. Mungkin ini menyebabkan aku kurang berfikir akan pekara ini.
Zaman remaja merupkan zaman yang paling kemuncak dalam hidup ini. Bergembira, bergelak ketawa dan enjoy sepanjang masa. Namun apa yang kit fikir tidak macam orang lain fikir. Pada umur remaja, apa yang anda fikirkan? Mahu membantu keluarga atau bersuka ria bersama teman tercinta?
Semoga aku dapat membantu keluarga aku pada masa hadapan walaupun masih belum dapat membantu mereka pada masa ini.
AM: kadang-kadang orang lain mampu membuatkan kita berfikir sejenak. Lain orang lain pemikirannya. Buka minda, buka hati dan dengarlah dengan teliti.
terlambat tidak bererti kita tidak boleh mengalah. tamatkan pengajian dahulu dan kendian fokus pada kerja..
hehe3.. thanks bro.. Memang nk habiskan degree nih.. 2 tahun jer lagi
belajar. kalau masih ada peluang.
Memang peluang terbuka depan mata..
takpe.. habiskan dulu belajar pandai-pandai.. then kerja bagus-bagus untuk bantu keluarga.. 😉
hehe3.. Begitulah semoleknya.. tapi sambil menyelam minum air pom ok gak kan kak..hehe3
bantu dari segi kemas rumah,, tolong htr adik ke sek,,, sementara tunggu graduate.. tu kira bantu jgk lah kn.. hehe
bantu menghabiskan beras kat umoh tuh pun bantu gak kan?
Hurmmm..kengkadang una pun terpikir benda yang sama,tambahan lagi bila adik lelaki una yg no 2 dah bekerja sbgai seorg anggota polis,sdgkan una pulak masih lagi menuntut..memang agak tercabar,sbb dia dah boleh bagi mak dan ayah senang,tapi una pulak belom dapat bagi apa2 lagi,tapi alhamdulillah sbb bila una mengadu dkat mak dan ayah,diorang memahami keadaan una,malah diorang ckp ilmu mampu mengubah hidup seseorang dalam sekelip mata,lagipun bukan harta yang dicari tetapi kebahagiaan dalam kehidupan itu yang perlu dicari..:)
Erm, memang la begitu.. tapi kadang-kadang terdetik jugak la dalam hati ni kan. Dah besar pun masih ada orang yang tanggung. Adik una jadi polis? umor berapa dah?
dia jadi polis umor 21..dia dh bekerja…mmg rasa tercabar..huhuhu
bgi eca la kan…….pelajaran tu penting..so,selagi kita masih mampu,org tua pun sudi taja…..tak salah dahulukan belajar dlu kan?…..so,belajar lah dlu..kdg2 bila kita dah pegang duit sendiri,ada gak yg xingt nak bantu ibubapa..apatah lagi bila dah tergedik2x nak kawen.hehehe…
betul tak?!…..
tu la kan.. tapi rasa cam nak menyelam sambil minum air jer..hehe3
kalau nak menyelam sambil minum air,takde salahnya..yg pntg,,,kena pandai bahagikan masa 😀
Keluhan bila dah bosan belajar? aku dulu pon mcm tu. tp bila ada peluang untuk tingkatkan ilmu patut sambar aje. nnt bila dah beranak pinak, ssh plak nak bahagikan masa antara keluarga dan pelajaran. Aku pon skrg ni ikutkan nak aje kerja after master nih. tp dssbkan faktor2 tertentu kemungkinan besar phd jadi pilihan.
student ump fakulti fkkksa ke? kat makmal aku ada 2 lecturer fkkksa ump sdg wat phd.mgkin kenal
hehe3.. Tak la bosan sngt belajar tapi kadang-kadang tu ade la.. Nak sambung PhD? Tuan ni lecturer ker?
Ha’ah saya student FKKSA UMP.. lecturer nama ape ek? Maybe lecutrer pernah mengajar saya kot..
xyah nak ber”tuan” dgn aku. mcm tua plak bunyinya. aku muda lagi lah..baru 25 😉
aku bkn lecturer. student mcm kau jgk cuma level up sket je. Rohaida che man dan shalyda shaarani, kenal?
heheeh3.. konform la kenal.. lecturer sendiri kot tu.. madam Rohaida..
Pastu sambung PhD, kerja kat mana? Biasanya lecturer yg sambung PhD nih.
Ni mesti kerja lam industri yg gempak-gempak nih
Belajar habis dulu… Bila dah habis baru lah cari keje.. Ilmu untuk masa depan kita… 😉
kalau berkemampuan untuk belajar, belajarlah dulu. sebaliknya, bekerjalah. depends pada kemampuan dengan keyakinan diri
askm. zaman penuh cabaran ni, belajarlah dulu/ menuntut ilmu dahulu utk mendapat kerja yg baik atau bekerja sendiri. insyaAllah bila ada niat nak tolong keluarga tu, allah akan tunjukan jalannya. mudahan berjaya dalam pelajaran.
Waaaaaaaaa!! Bro Denaihati datang blog saya.. gembiranyer rasa..
Memang betul tu bro.. Kena ambil peluang yang ada sekrang nih..
Kena timba dulu ilmu dan lepas tu barulah merantau mencari rezeki kan..
bagi penglmn akak… dlm keadaan keluarga yg serba kekurangan.. rasa mcm xnak pikir utk sambung belajar… rasa sngat membebankan keluarga wlpun dapat pinjaman utk pelajaran..
tapi.. bila dah habis belajar nie.. kepayahan dan kesusahan tu laa yg mematangkan diri kita.. bila dah bekerja ni.. merupakan satu tanggungjawab kita sebagai anak utk membalas jasa dan membantu mak ayah..
utk mereka2 yg ada peluang belajar.. kena rebut peluang tu.. gunakan peluang tu dgn sebaik ada..
bila dah berjaya nnt… jgn lupa plak tggungjawab kita sbgai anak.. 🙂
ada saudara saya, umur 28 camtu pergi amik diploma, belajar la selagi mampu