Berangan Itu Perlu

Haah, tajuk post hari ni berangan.. Ape yang korang pikir bila sebut perkataan berangan? Mesti korang pikir tentang Mat Jenin kan.. Satu soalan yang saya nak tanya korang semua ialah, salah ke berangan ni?

Kita sejak kecik dh dengar cerite Mat Jenin ni. Dimomokan yang Mat Jenin ni mati kes berangan atas pokok kelapa. Tu Mat jenin la kawan. Bagi saya lah, saya akan katakan yang berangan itu perlu. Berangan itu merupakan salah satu langkah pertama untuk berjaya. saya selalu jugak berangan. korang nak tahu x ape angan-angan saya? ha3.. macam2 yang saya angankan. Dari segi akedemik dan jua kehidupan. Namun ape yang paling penting ialah USAHA untuk mencapai angan-angan itu. Jangan sekadar menjadi angan-angan kosong. USAHA adalah penting bagi memastikan segala angan2 akan kesampaian.

Bila anda berangan, pastikan anda catat apa yang anda angankan. Ini adalah untuk pastikan yang anda sentiasa ingat bila lihat angan-angan tersebut dan berusaha memastikan yang angan-angan anda terlaksana. Hidup ini memerlukan visi dan misi yang jelas. Semoga angan-angan anda menjadi realiti. Walaupun ape yang orang kata tentang angan-angan anda, namun hanya anda yang tahu realiti sebenar tujuan hidup anda.. Hanya anda yang mampu mengubah jalan hidup anda. Berangan, Berusaha, Berdoa dan bertawakal..

Itu saje untuk luahan hati hari ini. Aku rase sejuk semcam je badan ni.. Kat Kuantan ni hujan la plak 2 3 hari ni. Best sesangat ido.. pergh sampai terponteng kelas pom ade.. he3. Apepom terima kasih sebab baca entri aku yang xseberapa ni. Kalau ade apape ysng korang xpuas hati or nak bagi komen ke, tulis je kat bawah ni..OK!!

 

p/s: Sape ade adik yang baru lepas ambik SPM atau korang sendiri yang lepasan SPM-—-> klik sini

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “Berangan Itu Perlu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge