Nak Kahwin!! Tips untuk si Suami
ni gambar tepak sireh ye kekawan..
Ok la kawan-kawan sekalian, hari tu aku ade cerita tentang aku pergi kursus kahwin kan. Ari ni aku nak kongsi sket input2 yang aku dapat semasa pergi kursus tu.. Tips ni untuk lelaki yang bernama suami je. Yang belum kahwin tu jangan gatal2 nak amalkan ngan aweks plak. Xelok tau..hu3.. Mari kita tegok ape tips2 untuk mengatasi kriis rumahtangga bagi memastikan mahligai yang dibina kekal selamanya.
1. Tunaikan tanggungjawab dan peranan yang sebenarnya kepada isteri.
2. Layanlah isteri dengan baik dan lembut.
3. Hindarkan kritikan, sindiran, ugutan dan kekerasan terhadap isteri.
4. Berikan pujian dan penghargaan kepada isteri.
5. Keraplah bekerjasama dengan isteri unntuk memajukan dan meningkatkan rumahtangga.
6. Bawalah berbincang dengan isteri walaupun masalah itu kecil.
7. Berikan isteri perasaan aman, tenteram, selesa dan selamat.
8, Memahami perubahan hati nurani isteri seperti sedih, kecewa dan sebagainya.
9. Tingkatkanlah hubungan seksual agar isteri mendapat kepuasan yang diharapkan.
10. Jangan membohongi isteri kerana isteri akan merasa dirinya dipermainkan jika mengetahui dirinya dibohongi.
Itulah antara tips yang aku dapat mase hadiri kursus kawin minggu lepas. Cam best jek kawin ni.. Muahaha.. Asyik dok pikir pasal kawin la plak si Amir ni. Belajar pom x habis lagi. Camna nak bagi makan anak dara orang..hu3.. Apepun tips ni kalau aku tengok tu memang betul kalau nak kasi hubungan suami isteri tu bahagia. Tu pandangan aku jelah. Nak cakap lebih2 pom aku ni xkawin lagi pom.he3.. Apepom nantikan tips2 untuk para isteri plak.. Stay tuned ye..
AM: Korang nak tahu tak kenape adat melayu kena bawak tepak sireh masa nak kawin tu? Kalau korang nak tahu, aku leh citer. Tu pom kalau korang nak tahu la.
p/s: Sape ade adik yang baru lepas ambik SPM atau korang sendiri yang lepasan SPM-—-> klik sini
fikir-fikirkan dan selamat beramal..he3
sahh. dah boleh kawennn. ehhe.
ce citer sal tepak sirehhh.
nantikan kemunculannya.. Ko xtahu ke ape maksud tepak sireh dlam hantaran kahwin tu? cuba ko tanya mak ko..konpom dia tahu..
terasa nak makan nasi minyak pulak.. 😀
Nantikan kemunculannya..ha3.. jemput la datang ek.Xlama dh tu..muahaha3
Cepat cepat lah kahwin ye.. Jangan lupa jemput atul! 😀
Pingback: Nak Kawin!! Tips-tips untuk Si Isteri » Blog Aku Punyer