November 11, 2024
Lain-Lain

#CNYChurpOut Meriah di Banker’s Room

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai majlis yang saya hadiri iaitu #CNYChurpOut with #TescoOnline di Banker’s Room.

Majlis ini berlangsung pada malam 15 Februari lepas. Memang meriah dengan kehadiran pelbagai kaum bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Saya teruja juga untuk sama-sama hadir dalam majlis ini kerana sudah lama tidak merasa limau mandarin. Eh? Apa kaitannya pula? hahaha..

Churp1

Sungguh meriah majlis ini dengan pelbagai acara serta jamuan yang disediakan. Namun tidak lengkap majlis sambutan tahun baru cina jika tiada Yeesang.

churp2

Ini adalah Yeesang pada hari tersebut. Apa maksud  tulisan ini? Maksudnya Selamat menyambut tahun kuda dan semoga tahun kuda ini memacu anda untuk berjaya dengan lebih jauh dengan semangat kuda. Eh panjang la pula maksud dia kan. Entah betul ke tidak aku tulis, namun itulah maksudnya apa yang diberitahu kepada saya oleh pekerja Banker’s Room ini.

Game yang dijalankan sepanjang majlis ini adalah seperti Guess The Word. Dalam permainan ini kumpulan kami mendapat tempat kedua. Cukup havoc sekali!

churp3

Kumpulan saya yang cukup meriah. Seperti biasa jika Atika Ramlan yang join, mesti havoc. Tu belum adanya Kifli dan Rawlin. Lagi meriah kalau ada mereka.

Churp11

Bersama hadiah kemenangan kumpulan kami.

Sepanjang majlis ini berlangsung juga diadakan kontest instagram di mana setiap hadirin berpeluang memenangi hamper ekslusif TescoOnline dengan gaya yang paling menarik bersama troli Tesco. Saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta. Yahuu, dan saya berjaya mendapat tempat ketiga dengan gaya Superman saya. Sakit oo buat gaya macam ni atas troli, namun berbaloi.

churp4

Dapat la hair dryer untuk saya yang jarang rapikan rambut ini. Hamper brangan Brands dari Tesco juga saya dapat. Menarik! lebih bertenaga la saya selepas ini dengan meminum suplement kesihatan ini.

churp5

Majlis pun berakhir dengan meriah sekali. Sebagai penutup, kami bergambar beramai-ramai. Semoga kita bertemu lagi dalam ChurpOut yang akan datang.

churp6

churp7

Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Churpies sekalian. Michelle, Amelia, Aster, Nick yap, Darren, Charissa dan ramai lagi yang lain. Semoga bertemu lagi di lain hari.. Byeeee…

AM: ChurpChristmas tempoh hari aku pergi, CNYChurpOut pun aku pergi, tapi sayang ChurpOut Buka Puasa tak dapat pergi..huhuhu

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “#CNYChurpOut Meriah di Banker’s Room

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *