CTOS SecureID – Lindungi Dari Kecurian Identiti

CTOS SecureID | Salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda berada dalam kedaan yang terbaik hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai CTOS SecureID.

Zaman sekarang, berlaku begitu banyak pelanggaran data, bukan hanya di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Dengan penggunaan transaksi dalam talian dan jejak digital di media sosial menggunakan berbilang platform, maka pencurian identiti dan data kita boleh terjadi melalui berbagai-bagai cara.

Dalam enam bulan pertama sahaja tahun 2019, kebocoran sebanyak 4.1 billion rekod peribadi di seluruh dunia telah berlaku akibat pelanggaran data. Oleh yang demikian, maka munculah CTOS SecureID bagi menghadapi permasalahan ini.

Apa Itu CTOS SecureID

CTOS SecureID adalah perkhidmatan perlindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk memerangi pencurian dan penipuan identiti yang kian meningkat, selain membantu memantau kesihatan kredit pengguna. Perkhidmatan pemantauan dark web adalah yang terulung dilancarkan oleh agensi pelaporan kredit di Asia Tenggara, CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS).

Bagaimana Ianya Berfungsi

Mungkin ada di antara kita yang masih terfikir bagaimana ianya berfungsi dalam keadaan zaman yang mencabar ini. Ianya berfungsi dengan memaklumkan kepada pelanggan jika berlaku sebarang perubahan profil kredit mereka, seperti misalnya permohonan kredit baharu, bayaran yang tertinggal, perubahan had kredit, penutupan kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran peribadi dalam dark web.  

Dengan adanya semua ciri ini pengguna menjadi lebih proaktif supaya berwaspada dalam menjaga identiti mereka dan menguruskan kesihatan kredit masing-masing. Dalam erti kata lain, jika sebarang maklumat seperti nombor telefon, email anda digunakan oleh sesiapa sahaja, anda akan dimaklumkan. Ini supaya anda mengenalpasti siapa yang menggunakan maklumat tersebut.

Banyak anasir jenayah menggunakan Dark Web untuk urusan jual beli data orang ramai, jadi dengan alat pemantau baharu ini dapat memberi peringatan kepada pengguna jika maklumat peribadi dikesan dalam Dark Web. Selain itu, perlindungan Takaful yang turut disediakan memberi ketenangan fikiran seandainya anda menjadi mangsa penipuan dan pencurian

Pelancaran di Malaysia

Untuk makluman semua, CTOS SecureID telah dilancarkan dengan jayanya di Malaysia pada 18 Februari yang lepas. Ianya telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia.

Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia bersama Dennis Martin dan Hisyam Hamid
Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia bersama Dennis Martin dan Hisyam Hamid

Pada majlis yang sama juga, telah ditampilkan kepada semua Kapten CTOS, iaitu Hisyam Hamid bintang TV dan filem popular tanahair. Hisyam terlibat dalam suatu kempen khas melalui berbagai media penyiaran dalam bulan-bulan akan datang.

Hisyam Hamid selaku Kapten CTOS
Hisyam Hamid selaku Kapten CTOS

Pada majlis itu juga, Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS berkata kepada hadirin bahawa dengan adanya CTOS SecureID ini bermakna pihak mereka mempunyai perkhidmatan terulung dalam pasaran yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar dengan misi kerajaan untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman.

CTOS SecureID dilancar secara rasminya di Malaysia
CTOS SecureID dilancar secara rasminya di Malaysia

Harga

Baiklah mungkin ramai yang tertanya-tanya berapakah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Jangan terkejut, dengan bayaran hanya RM9.90 sebulan atau RM99 setahun, kini sesiapa sahaja boleh menikmati perlindungan CTOS SecureID dan ketenangan fikiran.

Harga untuk langgan CTOS SecureID

Dengan bayaran yang cukup rendah ini, pelanggan akan turut menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pencegahan penipuan dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat Laporan Skor MyCTOS setahun. Berbaloi untuk servis yang mereka tawarkan.

Amirnawawi bersama plak CTOS SecureID
Saya sudah melindungi diri saya. Anda pula bagaimana?

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan CTOS SecureID ini bolehlah melayari laman web mereka di www.ctoscredit.com.my

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

19 thoughts on “CTOS SecureID – Lindungi Dari Kecurian Identiti

  • February 27, 2020 at 4:40 pm
    Permalink

    bagusnya pasal ctos ni.Actually sekarang ni memang menakutkan.Scammer dah semakin menjadi-jadi.Bila adda ctos secureid ni, kita takdelah risau sebab melindungi diri kita dari kena tipu.Kang tiba² bankrup, sia-sia je

    Reply
  • February 27, 2020 at 5:26 pm
    Permalink

    Bagusnya pihak ctos ambil inisiatif untuk bantu orang awam dengan lindungi maklumat peribadi serendah RM9.90 je! Memang tak dapat la peluang ni dekat tempat lain.

    Reply
    • February 28, 2020 at 2:10 pm
      Permalink

      Satu platform yang bole difikirkan untuk subscribe khusus bagi mrk yang mahu melindungi akaun masing2.

      Reply
  • February 27, 2020 at 5:32 pm
    Permalink

    bagus pihak ctos bantu orang awam dengan bagi pakej serendah Rm9.90 untuk lindungi data peribadi kita dari digodam. Bukan senang nak dapat peluang ni

    Reply
  • February 28, 2020 at 12:22 am
    Permalink

    Wahhh Kapten Amir hehehehe penting sebenarnya ada macam CTOS ini kerana ia menjadi pelindung dan pengesan awal kepada kita supa sesuatu kecurian dan juga penggunaan data tidak menjadi lebih serius hurmmm kita memang pengguna CTOS….

    Reply
  • February 28, 2020 at 12:22 am
    Permalink

    Wahhh Kapten Amir hehehehe penting sebenarnya ada macam CTOS ini kerana ia menjadi pelindung dan pengesan awal kepada kita supa sesuatu kecurian dan juga penggunaan data tidak menjadi lebih serius hurmmm kita memang suka CTOS….

    Reply
  • February 28, 2020 at 6:05 am
    Permalink

    haritu ada borak dengan suami pasal CTOS ni.. hee~ serabut gak sebab kitorang memang pengguna internet untuk buat kerja apa segala, risau bila nak buat perkongsian data peribadi melalui internet.. semoga perkhidmatan macam ni diperkukuhkan untuk kemudahan pengguna..

    Reply
  • February 28, 2020 at 6:22 am
    Permalink

    Bahayalah sekarang nie kan. Org2 pandai gila nak hack dan masuk ke data personal kita. Bagus ada inisiatif mcm nie utk tangani masalah tersebut

    Reply
  • February 28, 2020 at 6:33 am
    Permalink

    Eh murahnya RM9. 90 saja untuk da0atkan perlindungan data peribadi kita dengan SecureID. Memnag kena ambil, rasa tak selamat dah data kita bila pihak ketiga tahu dan ambil kesempatan.

    Reply
  • February 28, 2020 at 6:35 am
    Permalink

    Eh murahnya RM9. 90 saja untuk dapatkan perlindungan data peribadi kita dengan SecureID. Bagus CTOS ambil inisiatif perkenalkan SecureID kepada masyarakat.

    Reply
    • February 29, 2020 at 6:45 am
      Permalink

      Bagus bila ada penambahan pakej mcm ni. Sekurangnya lebih terjamin keselamatan dan juga ada takaful

      Reply
  • February 28, 2020 at 6:36 am
    Permalink

    Eh murahnya RM9. 90 saja untuk dapatkan perlindungan data peribadi kita dengan SecureID. Bagus CTOS ambil inisiatif perkenalkan SecureID kepada masyarakat supaya alert tentang keselamatan dna kerahsiaan data peribadi.

    Reply
  • February 28, 2020 at 8:09 am
    Permalink

    Sangat setuju dengan adanya keselamatan untuk Ctos ni..kalau tak ada je yang scammer nak kenakan orang yang dah Ctos atau pun akan di Ctos…kena celik mata untuk dapatkan ni..

    Reply
  • February 28, 2020 at 10:16 am
    Permalink

    baju hisham hamid tu mcm something lah! berekor plak blazer dia 🙂
    ctos ni penting.
    bank guna. so kita mesti guna agar prestasi kewangan kita ok.
    mudah nak buat loan.

    Reply
  • February 28, 2020 at 12:32 pm
    Permalink

    pergh gilerlah, dalam bulan pertama pun dah kebocoran sebanyak 4.1 billion rekod peribadi di seluruh dunia ya. memang dasyat betul. seram pulak dengar.

    Reply
  • February 28, 2020 at 10:19 pm
    Permalink

    Dulu emi tak tahu sangat pasal CTOS ni. Kiranya macam pernah dengar pasal CTOS tapi tak tahu kepentingan & fungsi dia. Sejak 2 3 tahun kebelakangan ni je baru ambil tahu sedikit sebanyak.

    Reply
  • February 29, 2020 at 6:43 am
    Permalink

    Bagus bila ada penambahan palej ni. Kurangnya pengguna ada solusi dr segi keselamatan dan juga tambahan takaful

    Reply
  • March 1, 2020 at 7:58 am
    Permalink

    Wow baguslah CTOS ni boleh lindungi siapa2 dari hackers… Harga pun berbaloi2 betul! Memang patut dapatkan!

    Reply
  • Pingback: Laporan Skor MyCTOS Percuma Sepanjang PKP Covid-19 - AMIRNAWAWI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *