January 18, 2025
Lain-Lain

Demeter Fragrance Library Kini di Watsons

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai wangian berjenama Demeter Fragrance Library.

Demeter Fragrance Library

Untuk makluman semua, Demeter Fragrance Library merupakan jenama wangian yang berasal dari Korea. Ianya merupakan salah satu jenama wangian yang amat terkenal di sana. Demeter Fragrance Library juga dieksport ke lebih 20 buah negara di seluruh dunia setakat ini. Ianya juga berada di lebih 350 outlet di serata Asia Pasific termasuk Hong Kong, Taiwan, Thailand dan juga negara kita, Malaysia. 

Antara seleksi wangian Demeter Fragrance Library

Demeter Fragrance Library menawarkan 6 bauan klasik seperti White Musk, Icelandic Aurora, Baby Powder dan pelbagai lagi bauan yang boleh didapati di Watsons. 

White Musk
Sweet Baby
Crystal Rose
Icelandic Aurora

Selain itu juga, terdapat 4 wangian ekslusif yang khusus dicipta untuk kita rakyat Malaysia. Ia dinamakan sebagai The City Version. Ia diinspirasikan oleh kepelbagaian yang terdapat dalam negara kita dengan mengambil nama-nama bandar yang ikonic di seluruh negara untuk diabadikan sebagai nama wangian ini. Ianya adalah Penang, Melaka, Ipoh dan juga Kuala Lumpur. 

Melaka
Penang
Ipoh
Kuala Lumpur

Yang menariknya, wangian-wangian ini juga digunakan oleh para selebriti dari Korea dan Hollywood ok!

Cipta Wangian Sendiri

Saya cukup bertuah kerana dapat hadiah ke majlis pelancaran wangian ini tempoh hari. Apa yang lebih menariknya, pada majlis tersebut, saya telah diberi peluang untuk mencipta wangian saya tersendiri. Mana tidaknya, setiap orang mempunyai citarasa yang tersendiri. Jadi jika kita buat wangian mengikut citarasa sendiri, pastinya hasil yang tercipta memang sesuai untuk diri sendiri.

Menyukat bahan asas wangian
Mencampurkan wangian asas

Saya diajar untuk mencampurkan bahan-bahan untuk mencipta wangian saya sendiri menggunakan prinsip asas campuran Demeter Fragrance Library. Ianya cukup rumit namun menarik. Pertama sekali, saya perlu untuk menghidu bau-bauan asas dan pilih wangian mana yang saya ingin gunakan.

Saya telah memilih wangian Sweet Kiss, Peach & Apricot dan juga Puzzy Navel. Campuran pati wangian ini disukat mengikut nisbah yang saya inginkan dan jadilah wangian saya sendiri. Saya namakan wangian ini sebagai Sweet Dream.

Saya bersama Sweet Dream

Wangian ini cukup kena dengan karakter saya yang agak manis dan lasak. Pastinya ia lebih membangkitkan mood saya yang memakainya. Saya juga  memakai wangian ini sebelum tidur untuk tidur yang lebih lena dan nyenyak. Syukur, ianya dapat menenangkan fikiran saya dalam separa sedar dan juga memberikan tidur yang lebih berkualiti. Ya, dah memang saya cipta wangian untuk tidur, pastinya ia sesuai dengan apa yang saya inginkan.

Dengan menggunakan wangian, otak kita dapat menangkap segala memori yang tercipta. Oleh yang demikian, pihak Watson berharap agar wangian Demeter ini dapat memberikan memori indah kepada si pemakainya. 

Untuk anda semua yang ingin mendapatkan wangian Demeter Fragrance Library ini bolehlah berkunjung ke mana-mana cawangan Watsons di Malaysia.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini di www.watsons.com.my. 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

24 thoughts on “Demeter Fragrance Library Kini di Watsons

  • comey perfumenye.. packagingnya cantik. lagi pun boleh buat sendiri wangian tuh. hebatlah

    Reply
  • Ada wangian baru rupanya nih. Oh ya, Abby mau tanyan dong terkait wangian Demeter Fragrance Library ini, apakah hanya untuk cowok saja?.

    Reply
    • Tidak. Cewek juga ada. Banyak seleksi yang ada untuk pilihan cowok dan cewek

      Reply
  • wow nice event to attend, I didn’t go that day. I went for movie time alone yeah as its horror movie and 18above I watch alone. This demeter fragrance looks good to try them all, sure wanna see in Watsons to try out them.

    Reply
    • Yah. Rugi tak pergi. Event ni best sangat. and the perfume is best

      Reply
  • lama tk singgah watson..nanti bole la try bauan dr Demeter Fragrance Library ni…packaging pn menarik…wah ada wangian nama bandar di malaysia..tq for sharing this

    Reply
  • Wah! Menarik ni. Nak pergi watsonlah nanti. Harap² harganya affordable. Hihihi. Cx pon sekarang rasa nak change my perfume and get a new one that describe the different me in future. Wah gittew! 😅 Mmg akn ajak suami pergi nanti. Thanks share!

    Reply
    • Ya. Jangan lupa singgah di Watson dan cuba Demeter ya. Berbaloi. Wangi

      Reply
  • Seronok nya boleh adun bauan sendiri. Suka setiap fragrance ada nama ibu Kota Malaysia. Bangga seyh…
    Nanti nak singgah Watsons bau wangian nya.

    Reply
    • Ya. Jangan lupa singgah di Watson dan cuba Demeter ya. Mana tau ada yang berkenan ke

      Reply
  • wah untunglah dapat personalised perfume sendiri.. kalau berkesempatan dan diberi peluang ku ingin juga personalised haruman sendiri sebab I AM a huge fan fragrance ni.. tak pe nanti i singgah watson cium sendiri haruman sweet baby tu hahahahha..

    Reply
  • Waaa.. Dah masuk pasaran eh.. Esok plannya nk ke watson. Boleh la tengok tengok.
    Seronoknya dapat cipta bau bauan perfume sendiri.

    Reply
  • Best lah boleh buat minyak wangi sendiri lak lepas ini hehehe untung awak memang awak saya tahu mampu menjadi bukan sahaja blogger berjaya tapi juga usahawan minyak wangi. Awak mesti dapat banyak bayaran nanti kan oppssss…

    Reply
  • Hahaha. Bila tengok artikel ni. Lucu pula rasa masa buat perfume tu. Akak kat tempat outdoor. Susah sungguh nak cari bau yang ngam. Sampai kan bos Demeter tolong. Akhirnya dapat juga bau yang diinginkan. Hahaha. Bleh la beli Demeter ni nanti. Nak bau pencuci tingkap tu. Addicted. Haha

    Reply
  • Baru tahu pasal minyak wangi ni, mesti wangi kan sebab artis korea pun ada yang dah gunakan. Nanti sis nak ke Watson lah..nak kena bau dulu untuk tgok serasi atau tidak dengan sis

    Reply
  • wow really? cant wait to see it in penang soon! haha hopefully same like your place, they will get us bloggers to check it out all their fragrance!

    Reply
  • wahhh teringinnya nak bau wangian Sweet Dream ciptaan Amir. Manis dan lasak. Rasa penasaran nak tahu wangian tu macam mana. Mesti wangi tu ! lepas nie kalau jumpa dekat event, nak dekat-dekat dengan Amir nak bau wangian Sweet Dream nie <3

    Reply
  • Peetama kali dengar wangian dameter ni.. Menarik sangat event ni siap buat wangian sendiri.. Senang je bila ada dekat watson.. Bolehlal singgha nanti. Swlalu juga belanja beli barang dekat watson. Mesti bau dia sedap kan..

    Reply
  • Wow.. Best gila dapat buat perfume sendiri. Nak jugak. Tapi best la kalau dpt perfume yg dpt mngimbau kenangan2 masa kita kecik kan. Kenangan sangat tu

    Reply
  • Nampak mudah sangat nak dibawak kemana-mana. Kita ni dah lah peminat perfume. mesti sedap je bau dia kan. Paling senang bila nak dibawak kemana-mana tu memang selit dalam bag je lah. 🙂

    Reply
  • Comelnya botol perfume Demeter ni. Nnt sy singgah Watsons utk tengok jugak. Semlm baru beli chia seed dan jugak top up produk kosmetik. Sekrg ada sales hebat tau. Berbaloi nak shopping.

    Reply
  • rindu nak bau wangian white musk….tapi best jugak kan belajar buat wangian sendiri…tapi kalau malas atau tak pandai beli jerlah senang…nanti nak cuba beli white musk demeter nih kat watsons ..mana tau boleh kembalikan memori zaman remaja dulu2….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *