December 14, 2024
Food

Teraso Salai, Masak Lemak Cili Api Terbaik Di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang salah satu tempat makan yang menarik. Tempat yang saya maksudkan adalah Teraso Salai, Masak Lemak Cili Api terbaik yang ada di Kuala Lumpur.

Semua sedia maklum, kalau sebut sahaja tentang daging salai dan masak lemak cili api, pasti kita sinonim dengan Negeri Sembilan kan? Kalau nak pergi ke sana tu memang jauh sekali. Namun tahukah anda yang anda boleh menikmati masakan enak ini hanya di tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Terletak di dalam Restoran Gerak 23, gerai Teraso Salai sememangnya tempat terbaik untuk anda menikmati hidangan masak lemak cili api salai di sini.

Dengan menyediakan beberapa menu berasaskan salai, pastinya ia dapat menarik minat sesiapa sahaja yang sukakan masakan ini. Di sini terdapat daging, ikan keli, ayam dan juga itik salai. Bolehlah pilih yang mana satu idaman perut anda itu. Yang pasti, bahan salainya disediakan sendiri oleh pihak mereka.

Antara bahan salai yang terdapat di sini, itik salai

Saya baru-baru ini telah berkesempatan untuk mencuba masakan yang ada di sini. Memang terbaiklah. Saya sememangnya penggemar masak lemak ini. Jadi saya meletakkan harapan yang tinggi pada setiap makanan yang saya makan.

Namun, setibanya di sini, sebanyak 3 pinggang nasi telah saya pesan! Faham kan maksudnya? Fuh! memang sedap sangat. Saya paling suka daging salainya. Bila masuk dalam mulut memang terasa lah salainya. Sesuai dengan nama gerai Teraso Salai.

Lagi menarik, setiap hidangan disajikan bersama nasi, ikan kering, timun dan juga sambal hijau. Sebenarnya masak lemak ini bukanlah pedas mana pun. Ianya dibuat untuk memastikan sesiapa yang tidak makan pedas untuk turut sama menikmatinya. Tapi, sambal hijau yang dibekalkan tersebut sememangnya mampu membuatkan peluh jantan anda keluar.

Saya sendiri telah mencuba sambal hijau bersama masak lemak cili api daging salai ini, fuh memang merecik la jawabnya. Pedas namun sedap. Sekali makan, pasti nak lagi dan lagi. Tak boleh berhenti. Setelah perut penuh, akhirnya berhenti juga saya makan.

Menu Makanan

Untuk makluman semua, harga makan di sini berbeza-beza mengikut lauk yang anda pesan. Berikut adalah harga masakan di sini:

Set Keli Salai Masak Cili Api : RM6
Set Ayam Salai Masak Cili Api : RM7
Set Daging Salai Masak Cili Api : RM8
Set Itik Salai Masak Cili Api : RM9

Set Keli Salai Masak Cili Api : RM6
Set Ayam Salai Masak Cili Api : RM7
Set Daging Salai Masak Cili Api : RM8
Set Itik Salai Masak Cili Api : RM9

Lokasi Teraso Salai

Jadi, buat anda semua yang teringin nak makan masak lemak cili api daging salai ataupun banyak lagi, bolehlah berkunjung ke sini. Dekat sahaja dengan UniKL dan juga Quill City Mall.

Gerai ini berada di dalam Restoran Gerak 23. Jadi dalam restoran ini banyak lagi kedai menarik. Buat anda yang teringin nak makan masak lemak tapi pasangan anda tak suka, jangan bimbang. Banyak lagi seleksi makanan menarik yang ada di sini.

Oh! Lupa untuk saya maklumkan bahawasanya Teraso Salai ini juga terdapat di KLCC. Jadi warga yang berdekatan dengan KLCC bolehlah datang menikmati hidangan masak lemak cili api yang hebat di sana ya.

Alamat : Wisma Central KLCC dan Restoran Gerak 23, Kg Baru
Masa beroperasi : 10am – 7pm 
Facebook : Teraso Salai
Instagram : @teraso_salai

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Teraso Salai, Masak Lemak Cili Api Terbaik Di Kuala Lumpur

  • Sebab awak makan lah saya terpengaruh tau pergi makan juga kat sini nasib sedap sgt…

    Reply
    • ya. Aku kan influencer. sebab tu lah ramai yang terpengaruh.

      #BestFoodBlogger2019

      Reply
  • boleh cuba Lubung Bangku di Bangsar

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *