Devotees di Universiti Malaysia Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya. Hari ini 24 November 2012 telah berlangsungnya hari terbuka Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan sambutan hati terbuka ini antaranya ialah Konsert Rhythm Of The Soul. Antara artis yang membuat persembahan ialah Devotees. Kumpulan ini merupakan antara kumpulan nasyid kegemaran saya dari dulu lagi. Sambutan yang diterima oleh pelajar UMP amat memberangsangkan buat kali ini. Syukur.

(Devotees sebelum membuat persembahan- Sumber fb Devotess)

Pelbagai lagu dipersembahkan oleh kumpulan ini pada malam itu. Namun yang paling mencuri perhatian saya ialah lagu Berjalan Tanpa Henti yang popular buat masa ini. Melodinya indah dan mengasyikkan disamping liriknya yang bermakna. Ciptaan Yassin Sulaiman kalau tidak silap saya.

(Devotess sedang membuat persembahan di Dewan Astaka UMP)

Apepun terima kasih buat kumpulan Deevotees kerana sudi berkunjung ke UMP dan semoga dapat ke sini lagi pada lain kali. InsyaAllah.

Selesai konsert, sempat juga saya membeli album dan kaset dari mereka. Sedap didengar. Siap dapat autograph dari mereka lagi.

Apepun semoga Deevotees lebih maju lagi di masa akan datang dan memeriahkan lagi industri nasyid tanah air dengan lagu-lagu yang mendidik sanubari.

 

AM: Pertama kali hadiri konsert sepanjang berada di UMP. Terhibur jua. 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

7 thoughts on “Devotees di Universiti Malaysia Pahang

  • November 26, 2012 at 9:11 am
    Permalink

    Assalaamu’alaikum…kaset ngan cd tu beli time konsert hari tu ke?

    Reply
  • November 27, 2012 at 8:25 am
    Permalink

    owh…xde la…kagum tgk kaset tu…masih ade lagi 🙂

    Reply
    • November 28, 2012 at 1:37 am
      Permalink

      hehe3.. tu free gift jer.. Satu set semuanya Rm10 jer.. Sumbangan juga disalurkan kepada tabung Gaza sikit.

      Reply
  • November 28, 2012 at 10:05 am
    Permalink

    hmmm beznye…nak jugak la…dah lama cari kaset tu…huhu :p

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge