Konsert Dato Siti Nurhaliza Live In Kuantan
Pada 9 November yang lalu telah berlangsungnya Konsert Dato Siti Nurhaliza Live In Kuantan yang bertempat di Bukit Gambang Resort City. Konsert ini bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam. Konsert ini dimeriahkan lagi dengan penaja utamanya iaitu Xpax.


Pelbagai tetamu kehormat turut sama hadir pada konsert kali ini termasuklah tetamu diraja iaitu YTM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Syah. Konsert dimulakan dengan nyanyian lagu negeri Pahang.

Kemunculan Dato Siti sememangnya memukau. Lagu pembukaannya ialah Jika Kau Tak Datang menggamatkan seluruh dewan banquet di Bukit Gambang Resort City ini. Sorakan dari peminatnya menggemakan seisi dewan. Peminat Dato Siti datang seantero Malaysia. Ada dari Pahang, Selangor, Johor hatta Indonesia! Sememangnya konsert ini dinantikan oleh seluruh peminatnya selama ini.
Sebanyak 20 lagu yang diperdendangkan sepanjang konsert ini berlangsung. Berikut susunan lagu yang dipersembahkan.
[notice]
-
Jika Kau Tak Datang
-
Ku Mahu
-
Jerat Percintaan
-
Wajah Kekasih
-
Cindai versi Acapela
-
Destinasi Cinta
-
Stand UP
-
Ku Milikmu
-
Falling In Love
-
Medley lagu Alleycat- Hangga Akhir Nanti, Layang terputus Talinya dan Sampaikan Salam
-
Galau- lagu baru
-
Seindah Biasa
-
Ketipak Ketipong
-
Dialah Dihati
-
Nirmala
-
Biarlah Rahsia
-
Bukan Cinta Biasa
-
Muara hati
-
Poh Paleweh.
[/notice]


Lebih meriah lagi, Xpax dengan ini menunaikan impian peminat Dato Siti untuk berada di pentas yang sama dengan beliau. Memang cukup bertuah ketiga-tiga pemenang ini kerana berada bersaam Dato Siti di pentas gah yang pernuh warna warni dengan penataan cahaya yang begitu memukau. Dato Siti pandai menjalankan tugas sebagai pengendali segmen itu yang menjadikan semua hadirin yang hadir tergelak sakan. Memang meriah sekali.

Celcom sekali lagi meceriakan peminat Siti yang betuah pada malam itu. Mereka dijemput khas untuk bersama Dato Siti Dalam post-party. Cukup bertuah! Dapat bersama-sama makan lewat malam bersama penyanyi no 1 malaysia ini. Mungkin pengalaman sekali seumur hidup. Memang menjadi kenangan yang terindah. Sebagai tanda kenang-kenangan untuk pelanggan Xpax yang bertuah, satu sesi bergambar bersama Dato Siti diadakan. Memang menjadi kenangan abadi seumur hidup buat peminat Dato Siti.


wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,manyak syiokkkkk amir tuu
Hahaha tak macam tudung pun tu
Pingback: Konsert Dato Siti Nurhaliza Live In Kuantan | Apesal.com
perghhh untung ler dapat pergi tngok konsert mak cik siti ni heheh memang syok lah kan
haha3. Memang best.. Siap dpt tiket free lagi
Dato’ Siti pada malam tu memang bertenaga dan lagu2 nya memang memriahkan konsert.
Tapi bab makan tu yang paling best..haha
makan sdap2 tu, ada gadis2 celcom lg duduk satu meja. haha
best konsert ni dapat dengar banyak lagu dato’ siti live…
Mesti konsert yang hebat !
woi siti dah.. dah.. dah.. hurm takpelah ahha
wah bestnye lau ad kat sana jugak..hee..jempu dtg blog///^^
masih aktif lagi menyanyi. hemm…
konsert dato’ Siti of course la best! Tak berpeluang nak pergi..huhu
Xjmp pun time tu hihi