Galito’s Kini Di Malaysia!
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai restoran terbaru yang memasuki pasaran Malaysia iaitu rangkaian restoran Galito’s.
Baiklah sebelum kita berbicara lanjut mengenai Galito’s, baik kita ketahui dulu sejarahnya. Galito’s merupakan restoran yang berasal dari negara Afrika selatan. Dan kepakaran mereka adalah dalam penyediaan masakan ayam panggang. Jadi buat anda yang ingin merasa ayam panggang yang enak bolehlah berkunjung ke sini ya.
Selain ayam panggang, terdapat masakan lainya yang popular di Afrika yang disajikan di sini iaitu Galibowl, Liver and Rool, Chilli Beans dan cip Sweet Potato.
Rangkaian restoran Galito’s ini beroperasi di 4 benua dengan sebanyak 150 rangkaian restoran di sebanyak 15 negara. Di Malaysia, pemegang fraincais bagi Galito’s ini adalah syarikat Ri-Yaz Global Food. Ri-Yaz juga merupakan pemegang lesen fraincais di Singapura dan juga Indonesia.



Turut hadir pada majlis pembukaan yang lepas adalah pengasas Galito’s iaitu Louis Germishuys. Louis amat menitik beratkan tentang keenakan rasa sajian Afrika, oleh yang demikian dia memastikan setiap sajian yang disajikan menepati piawaian yang ditetapkan.
” Kami percaya yang Galito’s mampu memberikan rasa sajian Afrika yang unik dan berkualiti untuk dinikmati oleh para pelanggan.”
Apa yang lebih menarik mengenai masakan Galito’s ini adalah ianya lebih berbaloi dari segi nilai wang anda berbanding restoran lain yang menyajikan makanan sama sepertinya di negara ini. Ya! Saya sendiri telah menikmati makanan di sini dan harga yang ditawarkan memang murah berbanding restoran lain seumpamanya.
Berapa harga yang ditawarkan?
Untuk makluman semua, harga yang ditawarkan untuk ayam panggang adalah seperti berikut
Quarter : RM11.50
RM13.90 (bersama 1 side dish)
RM 15.90 (bersama 2 side dish)
Half Chicken: RM17.90
RM20.90 (bersama 1 side dish)
RM23.90 (bersama 2 side dish)












Selain hidangan ayam, para pelanggan juga boleh mencuba makanan lain yang disajikan antaranya chicken strip with rice, burger yang diperbuat dari dada ayam, roti pita dan wraps. Makanan untuk kanak-kanak juga tidak terkecuali. Ada juga disediakan pasta bebola daging dan sosej bersama kentang goreng untuk mereka.



Menurut Dato’ Shaheen Shah, Pengarah Urusan Kumpulan Ri-Yaz, beliau amat optimis yang Galito’s bakal diterima baik oleh rakyat Malaysia. Ini kerana rakyat Malaysia amat gemarkan rasa yang unik dan ianya ada pada Galito’s.
Untuk anda yang ingin merasai sendiri hidangan Galito’s ini bolehlah berkunjung ke mana-mana cawangan di bawah.
Galito’s Flame-Grilled Chicken
Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor
03-6211 0503
https://goo.gl/maps/1G3BtmK1Kfp
—————-
Galito’s Flame-Grilled Chicken Subang Jaya
Jalan Kemajuan Subang, Ss 16, 47500 Subang Jaya, Selangor
https://goo.gl/maps/aMu4cobnzJ82
——————-
Galito’s Flame-Grilled Chicken Shah Alam
24, 4, Jalan Kartunis U1/47, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor
https://goo.gl/maps/JUQtt6HiYx32
Untuk maklumat lanjut mengenai Galito’s bolehlah menghubungi mana-mana medium di bawah:
Telefon: 03-62110503
bapak giler murah, pasni makan kt sini la kalau mengidam nak makan nandos