December 13, 2024
Hal-hal Semasa

GREDAC – Konferen Yang Patut Dihadiri Pemain Hartanah

GREDAC1Assalamualaikum dan salam sjeahtera buat semua pembaca blog yang budiman. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai GREDAC ataupun Global Real Estate Developer & Agent Conference.

GREDAC ini bakal berlangsung pada 14-15 April 2016 iaitu pada bulan hadapan. Ianya menghimpunkan para pemaju hartanah dan agent real estate yang bertaraf dunia. Konferen ini bakal berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre. Ianya bakal menjadi satu konferen yang hebat dengan nama-nama besar dalam industri ini bakal turut serta dalam konferen ini nanti.

DSC02415

Diuruskan dan dimiliki oleh Wonderlist Property, GREDAC akan membawakan pemaju hartanah yang berjaya disamping juga agent hartanah yang berpengaruh untuk menjalinkan kerjasama yang erat dalam bidang ini disamping dapat bertukar buah fikiran mengenai masa depan dan pengaruh ekonomi semasa dalam industri hartanah.

DSC02416 DSC02418

Menurut Pengarah Urusan Wonderlist Property, Ray Chung, pembangunan pesat sekarang dipengaruhi oleh pembinaan LRT/MRT merentasi keserata Lembah Klang dan akan meningkatkan perhubungan dan seterusnya meningkatkan harga hartanah di Malaysia. Dengan penurunan nilai ringgit juga dijangka akan meningkatkan minat pelabur asing untuk membeli aset mewah di Malaysia.

 

Jika anda menyertai GREDAC ini, anda berpeluang beramah mesra disamping menambahkan jaringan anda dalam bidang hartanah. Ini kerana terdapat lebih 50,000 pemaju hartanah yang akan hadir dari seluruh dunia antaranya Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja, Vietnam China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Afrika Selatan dan Australia.

GREDAC Who Should Attend

GREDAC telah mendapat kerjasama daripada SAME, Multimedia Development Corporation (MDeC), Malaysia Insititute of Profesional Property Managers (MIPPM) dan juga Malaysian Association of Facility Management (MAFM) dengan tajan daripada Sinouis Realty, Hectarworld, Camdy Photo dan Houzcare.

Ray Chung percaya yang GREDAC akan menjadi platofrm terbaik untuk menawarkan event matchmaking antarabangsa, mengumpulkan pemain hartanah yang berpengalaman dan mampu memberikan buah pandang untuk isu hartanah pada masa kini dan hadapan.

GREDAC Fees

Jadi buat sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai konferen ini bolehlah mendaftar segera kerana terdapat potongan harga istimewa bagi early bird. Untuk pendaftaran pada hari kejadian, delegasi dalam negara dikenakan bayaran RM680 dan peserta dari luar negara dikenakan USD250.

Untuk pertanyaan lanjut bolehlah menghubuingi talian 03-93680019/0393680020 ataupun email ke enp@wonderlist.property.

DSC02420

Jumpa anda di sana!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “GREDAC – Konferen Yang Patut Dihadiri Pemain Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *