Trendi, Revolusi Terbaru Untuk Para Traveler

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua beada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai Trendi, salah satu teknologi terbaru yang dibangunkan untuk memasuki industri perlancongan dan juga hospitality. Ianya dibangunkan di Malaysia dan dijangka akan menerobos pasaran dunia pada masa akan datang.

trendi5

 

Untuk makluman semua, baru-baru ini saya telah bersama-sama dalam majlis pelancaran aplikasi Trendi bersama Hotel Dorsett Kuala Lumpur. Hotel Dorsett KL merupakan hotel pertama yang menggunakan sistem Trendi ini dalam hotel mereka. Dengan penggunaan aplikasi ini dijangka akan melonjakkan lagi bilangan pengunjung ke hotel mereka.

Untuk makluman semua, mesti anda masih lagi tertanya-tanya bagaimana aplikasi ini berfungsi. Inanya berfungsi selari dengan sistem telekomunikasi dalaman yang sedia ada dalam hotel. Jadi ianya amat mudah dan convinient untuk digunakan oleh para penginap di Hotel Dorsett ini.

trendi6

Dengan kata mudah, para pengunjung akan dibekalkan sebuah telefon bagi setiap bilik. Ya! Sebuah telefon pintar. Anda bebas membawa telefon ini kemana sahaja dan anggap sahaja ia adalah milik anda. Dalam telefon ini terdapat aplikasi Trendi yang sememangnya amat berguna untuk semua pelancong yang datang ke Kuala Lumpur ini.

Aplikasi tersebut  ada 6 ikon utama – Highlight, Shopping, Dining, Leisure, Adventure & Specialty. Jadi di ikon ini akan menunjukkan apa jua yang terkandung mengikut jujukan item yang disebutkan. Sebagai contoh dining, dalam kategori ini ianya akan menunjukkan tempat-tempat makan yang menarik untuk dikunjungi dalam lingkungan anda berada.

trendi1

Ya! jika keluar negara, pastinya kita akan bimbang mengenai komunikasi kita. Apa yang ktia cari dahulu apabila tiba di negara asing adalah simcard bukan? Namun jangan bimbang kerana dengan Trendi, segalanya sudah tersedia. Bukan hanya telefon pintar diberikan, namun ianya sudah dilengkapi simcard dan data untuk kegunaan anda! Percuma juga untuk panggilan tempatan.

Menarik bukan? Pastinya kalau kita ke negera asing, tenmpat yang ingin kita lawati semestinya masih belum kita biasa. Namun dengan Trendi ianya lebih mudah kerana segala maklumat yang kita perlukan di sediakan. Nak makan, shopping ataupun sightseeing. Memang semuanya cukup lengkap untuk keperluan pelancong.

Bukan itu sahja, para pengunjung boleh berhubung terus dengan pihak hotel melalui telefon ini. Ianya dilengkapi dengan sistem yang memudahkan para pengunjung untuk menghubuingi pihak hotel. Anda sesat? Sekarang tidak lagi. Ada berlaku apa-apa kemalangan? Anda boleh maklumkan terus kepada pihak hotel.

trendi2

Mr Alvin Koh, CEO untuk Kumpulan Trendi Travel, yakin bahawa Trendi mampu memberikan pengalaman yang mengujakan apabila melawat sesuatu negara baru, dengan mewujudkan ruang komunikasi yang mudah dan menyenangkan untuk pelancong, hotel dan para peniaga setempat di Malaysia dan serata dunia.

trendi3

Christina Toh, General Manager Dorsett Kuala Lumpur pula berkata yang pihak mereka sentiasa konsistent mencari penyelesaian untuk memajukan pengalaman travel setiap pelanggan mereka tak kira urusan bisnes ataupun bersuka ria.

trendi4

Trendi menyasarkan untuk mengembangkan servis mereka ke lebih 44 region di seluruh dunia dan memberikan lebih 66 juta pengguna Trendi. Mereka menyasarkan 18,000 telefon pintar mereka akan digunakan menjelang akhir 2016. Pengembangan ini akan meneroka ke negera Filipina, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.

 

FAQ about Trendi

Q: Telefon tu obleh bawak balik ke?

A: No! itu hanya pinjaman dan hak milik hotel. Kita kena pulangkan balik apabila daftar keluar dari hotel

Q: Kalau hilang macamana?

A: Anda akan dikehendaki membayar ganti rugi seperti yang termaktub dalam penjanjian sebelum anda menggunakannya. Bayaran RM800 untuk kehilangan, RM400 untuk kes pecah skrin.

Nak maklumat lebih lajut, klik aje

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge