January 18, 2025
Lain-Lain

Hari Pertama Latihan Industri

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman. semalam tanggal 1 Julai 2013 saya telah melapor diri untuk menjalani latihan industri di Kilang Sawit LKPP. Perjalanan hanya 15 minit dari kolej kediaman saya.

Hari pertama yang agak menarik. Pertama kali melihat proses mengambil minyak dari kelapa sawit. Sepanjang tempoh latihan, saya dikehendaki memahami segala proses yang berlaku dari buah kelapa sawit sehingga menjadi minyak untuk diedarkan. Banyak juga tu, namun perlahan-lahan saya belajar.

Walaupun agak jauh ke pendalaman, namun ada satu ladang ternakan di situ yang menarik perhatian saya iaitu ladang ternakan rusa. Memang banyak ekor rusa berada di situ. dan katanya ladang itu kepunyaan Dato’ pemilik kilang sawit ini. Memang menarik! Saya minat sangat dengan rusa. Rasa mahu peluk ciumnya sahaja..hehe

Rusa LKPP

AM: Apapun semoga 10 minggu latihan ini terisi dengan pelbagai ilmu pengetahuan.. Aminn 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

11 thoughts on “Hari Pertama Latihan Industri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *