November 7, 2024
Hal-hal Semasa

Kertas pH, Satu Keterujaan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca budiman sekalian. Hari ini entri meneruskan hantar kepada kesinambungan kisah latihan industri saya sebelum ini. Kalau masih yang belum tahu di mana saya berada sekarang, bolehlah jenguk entri pembukaan latihan industri saya tempoh hari.

Hari demi hari saya belajar pelbagai pengalaman baru. Ada yang senang dan ada juga yang susah. namun apapun semua itu pengalamn berguna untuk saya pelajar ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia ini. Namun hari ini hari hujan engan lebatnya. agak malas untuk saya turun ke kilang. Sekadar menghempas badan di dalam makmal sahaja.

Kilang kelapa sawit memang banyak prosedur yang terpaksa dilakukan sebelum minyak dihantar kepada pelanggan. Apepun hari ini memandangkan hari hujan, aku bermain dengan kertas pH sahaja. Memang teruja! Kenapa? sebab kali terakhir aku guna kertas pH ni masa sekolah rendah kot. Sekarang walaupun pengkhususan aku dalam kimia, namun jarang boleh jumpa. Sebab tu teruja lebih.

kertas pH

Anda semua pernah guna kertas nih. untuk makluman, penggunaan kertas ni cukup senang. Aku memang suka tengok perubahan warna kertas ni bila dicelup dalam larutan air. Nilai 6 dan ke bawah adalah asid dan 8 ke atas adalah alkali. 7 pula neutral.

Apepun, kongsi la pengalaman anda dalam makmal bersama saya di komen bawah ini. Terima kasih 🙂

 

 

AM: Tadi tak sahur. agak berkeroncong 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

9 thoughts on “Kertas pH, Satu Keterujaan

  • pernah guna masa aku praktikal kat lombong emas dulu. hoho

    Reply
    • Gua still bingung, camna cikgu boleh prkatikal kat lombong emas. Ke ambik kos ape dulu kat UMS?

      Reply
      • geologi la. Lepas tu gua ambil tawaran DPLI. Haha..

        jadi..gua ada diploma dan ijazah. hoho

        Reply
  • Dah lama betul tak bermain dengan kertas PH ni… Bila baca entri ini ternigat pula masa zaman muda-muda dulu… 😉

    Reply
  • last pegang kertas PH zaman sekolah menengah dulu…teruja asal celup mesti ada macam-macam color yang keluar….hehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *