Hari Tidur Sedunia 2020 dengan Amlife
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang dikasihi. Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Minum air secukupnya dan jaga kesihatan di musim penularan virus Covid-19 ini. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua tentang sambutan Hari Tidur Sedunia 2020 dengan Amlife.
Untuk makluman semua, Hari Tidur Sedunia disambut pada 13 Mac tahun ini. Pada tahun ini, AmLife International Sdn. Bhd. kembali dengan perayaan Hari Tidur Sedunia buat tahun kelima berturut-turut. Dianjurkan bersama Persatuan Tidur Sedunia, AmLife hari ini mengetengahkan pameran kesihatan tidur di Palace of the Golden Horses kepada media. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk bersama dalam majlis ini.
Tahun ini merupakan tahun kelima pihak mereka menganjurkan pameran kesihatan tidur sempena Hari Tidur Sedunia bersama Persatuan Tidur Sedunia di bawah tema “Menambah Baik Tidur, Kehidupan, Planet”(“Better Sleep, Better Life, Better Planet”) untuk menggalakkan kehidupan yang sihat dan berkualiti menerusi tidur yang lebih lena.
Pada majlis ini, Encik Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife berkata, “Pendidikan mengenai tidur bukan sahaja sentiasa di hati kami dan menjadi falsafah perniagaan kami, tetapi juga semakin penting memandangkan masalah gangguan tidur semakin meningkat di rantau ini. Bersama Persatuan Tidur Sedunia, AmLife menganjurkan pameran tidur yang meliputi bengkel dan sesi demo di 3 negara utama – iaitu Malaysia, Indonesia dan Taiwan pada tahun ini,”.
Fakta Yang Perlu Anda Tahu
- Menurut hasil tinjau selidik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 27% penduduk di 14 negara dirundung masalah tidur.
- Menurut Persatuan Tidur Sedunia, trend gangguan tidur semakin meningkat, dengan semakin ramai penduduk berdepan dengan masalah ini.
- 35% rakyat Malaysia mengalami sesuatu bentuk gangguan tidur.
- Lebih 53 peratus tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada minimum 7 jam tidur dalam tempoh 24 jam, dengan sekurang-kurangnya 51 peratus mengalami tekanan berkaitan kerja.
- 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami sedikit sebanyak insomnia dan satu atau beberapa jenis masalah tidur.
Bahaya bukan kalau tak cukup tidur? Namun apa yang paling menakutkan, ianya juga mampu membawa maut!
Penyakit Yang Berbahaya
Berikut antara penyakit yang boleh dihinggapi kepada sesiapa yang tidak cukup tidur.
STROK (ANGIN AHMAR) – 4 KALI LEBIH TINGGI
Menurut USA Today, mereka yang tidur kurang daripada 6 jam sehari berdepan dengan risiko diserang strok 4 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidur lebih lama.
OBESITI (KEGEMUKAN) – 73% LEBIH TINGGI
Satu kajian yang dijalankan oleh Columbia University mendedahkan bahawa peluang menjadi gemuk adalah 73% lebih tinggi di kalangan orang yang kurang tidur.
KANSER – 47% LEBIH TINGGI
Satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Kanser Amerika mendapati bahawa kemungkinan mereka yang tidur kurang daripada 7 jam sehari mendapat kanser adalah 47% lebih tinggi.
JANTUNG – 1.45 LEBIH TINGGI
Kurang tidur boleh membawa kepada infarksi miokardium. Hasil kajian mendapati bahawa orang yang tidur kurang daripada 5 jam sehari berdepan dengan risiko 1.45 kali lebih tinggi menghidap penyakit jantung arteri koronari.
Menakutkan bukan? Saya juga tidak menyangka bahawa kekurangan tidur boleh mengundang pelbagai penyakit. Dalam majlis tersebut juga kami diberi ceramah tentang beberapa makluman lain berkaitan dengan tidur ini. Beberapa penceramah jemputan telah ditampilkan oleh pihak AmLife.
Barisan Penceramah Hari Tidur Sedunia Anjuran AmLife
Cik Rosemary Clancy, Pakar Psikologi Klinikal
Beliau adalah Pakar Psikologi Klinikal di Sydney Sleep Centre dan seorang Pakar Psikologi Berdaftar dengan Agensi Pengawalan Pengamal Kesihatan Australia (Australian Health Practitioner Regulation Agency) – AHPRA – menerangkan bagaimana tabiat mengambil pil tidur berubah ansur dan kesan jangka panjangnya.
Encik Kerwin Chen, Pakar Pemakanan / Penyelidik Makanan
Tahukah anda bahawa selain daripada persekitaran tidur yang betul, makanan yang betul boleh merangsang tidur yang baik? Encik Kerwin Chen, Pakar Pemakanan berkongsi pengetahuannya tentang cara untuk mendapatkan tidur yang berkualiti menerusi diet yang sewajarnya dan makanan yang dimasak di rumah.
Jadi, kita semua tahu bahawasanya, masalah tidur menjana perkembangan pesat dalam industri kesihatan tidur, yang telah menggiatkan industri tidur dan mula menjadikannya industri yang menjana permintaan stabil dan besar-besaran.
Dalam majlis ini juga, pihak AmLife mendedahkan rancangan untuk memantapkan lagi kedudukannya sebagai pakar tidur mutlak. Syarikat ini mempunyai strategi dan pelan perniagaan dalam pasaran tidur.
AmLife telah melancarkan teknologi seni tidur baharu yang canggih dan menyeluruh, bermula dengan siri AmPower Platinum serba baharu dan Ampower Platinum Heat Sleep Mask (Topeng Tidur), AmPower Platinum Beautifly Pillow (Bantal) dan AmPower Platinum Blanket (Selimut).
Rangkaian teknik anti-penuaan Platinum dari Jepun ini membantu melengahkan penuaan sel & menjadikan kulit awet muda, serta membantu pengguna mengekalkan keremajaan & kesihatan badan menerusi kebaikan tidur.
Jadi, kita semua sedia maklum bahawasanya, tidur yang berkualiti itu amatlah penting. Pelbagai penyakit dapat diundang jika kita tidak mendapat tidur yang mencukupi. Saya juga mendapat pelbagai input yng berguna sepanjang majlis ini berlangsung.
Untuk maklumat lanjut berkenaan AmLife bolehlah melayari medium di bawah:
Website: www.amlife.com.my.
Selamat Hari Tidur Sedunia 2020!