Influencer, Sudah Isytihar Pendapatan Anda?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan berkenaan pengisytiharan pendapatan, pembayaran cukai dan cara untuk melakukannya.
Untuk makluman anda semua, pada hujung minggu lepas, saya telah menghadiri bengkel pengisian cukai yang dianjurkan oleh pihak SushiVid Sdn Bhd dengan kerjasama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Program ini bertempat di Menara Hasil Petaling Jaya

Dalam program ini, ramai para influencer yang telah hadir dan mendengar taklimat daripada pihak LHDN. Dari apa yang masih samar telah dipercerahkan oleh pihak LHDN. Saya juga mendapat maklumat yang baru selepas menghadiri bengkel ini.

Influencer dan Cukai.
Ramai di antara kita bila dengar sahaja LHDN pasti akan kecut perut. Mahu sahaja untuk lari daripada dikejar oleh entiti ini. Saya juga tidak terkecuali. Mana tidaknya, pada awal tahun lepas, sebanyak 3 surat dihantar dalam sebulan oleh pihak LHDN kepada saya.


Rasa marah, geram dan juga tak puas hati. Kenapa aku kena dapat segala surat ini? Kena isytihar ke? Pendapatan dahla tak seberapa pun. Itu antara apa yang telah bermain di fikiran saya. Waktu itu memang LHDN sedang ‘mengejar’ para blogger dan influencer. Apabila saya sendiri mendapatnya, segala persepsi dan juga tanda tanya muncul, dari mana mereka dapat segala maklumat ini?
Maka, segala syarikat yang pernah berkerjasama dengan para blogger dan influencer kami korek untuk mengetahui dari syarikat mana maklumat yang disampaikan kepada LHDN ini. Punyalah curios untuk tahu siapakah ‘pembocor’ maklumat sebenar.
Namun setelah mengetahui maklumat sebenar, saya telah mempersiapkan segalanya dan pergi ke pejabat LHDN yang sepatutnya. Bersemuka dengan pegawai yang mengendalikan bahagian influencer dan juga selebriti.
Rupanya,..
Segala maklumat memang telah ada dengan pihak LHDN. Ini kerana setiap syarikat yang bekerjasama dengan pihak blogger mahupun influencer akan menghantar laporan kepada pihak LHDN bagi pihak syarikat mereka. Pastinya nama-nama kami ada di dalam senarai tersebut.
Saya yakin, para blogger mahupun influencer ini telah berkerjasama dengan puluhan malah ratusan syarikat. Jadi tidak mustahil nama anda ada dengan pihak LHDN.
Dengan peredaran zaman ini, penggunaan para blogger dan juga influencer sememangnya penting dari segi pengiklanan dan promosi. Ini tidak dapat dinafikan. Oleh yang demikian, betapa peri pentingnya para penggiat media social ini untuk mengisytiharkan pendapatan dan juga membayar cukai sekiranya layak.
Suka untuk saya quote ucapan seorang pegawai LHDN dalam bengkel tersebut,
“Orang di negara maju berasa bangga membayar cukai kerana mereka tahu yang mereka bersama-sama dalam membangunkan negara”.
Mana tidaknya, duit dari pembayar cukai inilah digunakan untuk membina kemudahan awam, hospital, pendidikan dan juga pelbagai lagi untuk rakyat. Saya dulu memang tak dinafikan, agak liat untuk mengisytihar pendapatan ini. Namun setelah diberi penerangan, memang jelas dan terang apa yang perlu saya lakukan.

Cara Untuk Mengisytihar Cukai (Filing Taxes)
Baiklah, mungkin ada diantara kita yang masih belum tahu cara untuk mengisi boring cukai ini. Jom kita tengok cara untuk pengguna kali pertama mengisi borang dalam talian ini.
Paling utama, anda perlu ke cawangan LHDN /UTC / Pusat Khidmat Hasil yang berdekatan untuk mendapatkan nombor PIN anda. Seterusnya, layari www.hasil.gov.my
1. Klik e-Filing
2. Login Kali Pertama
3. Masukkan nombor PIN dan Nombor MyKad

4. Cipta Kata Laluan & Frasa Keselamatan

5. Pilih Borang Yang Betul


6. Isi dan Lengkapkan Borang


















7. Semak Maklumat

8. Tandatangan & Hantar

9. Cetak Salinan Pengesahan Untuk Simpanan

Ok. Itu sahaja cara untuk mengisi borang dalam talian ini. Nampak macam rumit, namun jika anda mengikuti satu persatu maka segalanya senang sahaja. Jadi buat anda yang masih ragu- ragu untuk mengisi bolehlah ke mana-mana medium LHDN untuk bertanya lanjut.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Facebook: LHDN
Twitter: LHDNMofficial
Instagram: LHDNM
Telefon: 03-89111000
Website: www.hasil.gov.my

Terima kasih kepada pihak SushiVid kerana menganjurkan bengkel yang penuh berinformasi ini. Kalau tidak, saya pun masih samar dengan cara pengisian borang cukai ini.
SushiVid
Website: https://www.sushivid.com/
Facebook: https://www.facebook.com/SushiVid/
Twitter: https://twitter.com/sushivid
Youtube: https://www.youtube.com/sushivid

Senin depan saya isytihar yer…sekarang tak dan lagi