Hidangan Dalam Pesawat Terbaru Dari AirAsia dan AirAsia X

Tetamu AirAsia dan AirAsia X yang telah menempah penerbangan mereka boleh membuat pra-tempahan hidangan melaui ‘Urus Tempahan Saya” di www.airasia.com. Pra-tempahan hidangan dalam pesawat menjamin hidangan pilihan anda akan terhidang dan boleh jimat sehingga 20% dari harga biasa.

Assalamualaikum dan salah sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Apa khabar anda semua? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta hendaknya. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa menu terbaru dari syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan juga AirAsia X.

Untuk makluman semua, AirAsia telah memperkenalkan menu baru iaitu Kamal’s Mee Goreng Mamak dalam kesemua penerbangan AK AirAsia. AirAsia juga memperkenalkan menu untuk bulan November dan Disember iaitu Spicy Tuna Wrap dan menu istimewa Krismas iaitu Roast Chicken with Cream Sauce.

Kamal's Mee Goreng Mamak
Kamal’s Mee Goreng Mamak

Kamal’s Mee Goreng Mamak adalah gabungan terbaik mee, daging ayam, kek ikan. tauhu dan sayur kobis. Memang sedap dan sesuai untuk selera orang Malaysia. Dan harganya hanya RM12 untuk tempahan dalam pesawat ataupun pra-tempahan.

Spicy Wrap Tuna,
Spicy Wrap Tuna,

Spicy Tuna Wrap pula pasti akan memuaskan keinginan anda yang sukakan rasa pedas dengan roti pita yang mengandungi tuna pedas dan potongan kubis, lobak merah, bawang merah, lada hitam dan dilengkapi dengan sos mayonis dengan harga RM9 untuk pra-tempahan dan RM10 untuk belian dalam pesawat. 

Roast Chicken with Stuffing & Cranberry Sauces
Roast Chicken with Stuffing & Cranberry Sauces

Kamal’s mee Goreng Mamak telah mula terjual dalam pesawat sejak 1 November lalu dan sambutan agak memberangsankan terhadap hidangan tersebut. selain itu juga, hidangan signatur AirAsia iaitu Pak Nasser’s Nasi Lemak kini dijual pada harga RM10 sahaja bagi masa terhad.

Air Asia Bento Set
Air Asia Bento Set

Bagi tetamu AirAsia X yang menggemari masakan Jepun pula boleh milih set AirAsia X Bento set yang terdiri daripada pelbagai hidangan kegemaran masyarakat Jepun seperti Smoked Chicken Breast, Sea Bass with teriyaki Sauce, kamaboko (kek ikan), Nimono vegetables, jeruk dan maki atau nasi masyarakat Jepun pada harga RM30 sahaja. 

Kesemuanya kena dengan selera orang Malaysia. Sangat dicadangkan untuk mencubanya.

Saya telah merasa kesemua hidangan mereka ini dan kesemuanya kena benar dengan selera orang Malaysia seperti saya. Memang dicadangkan kepada anda untuk mencubanya juga. Selamat menjamu selera di awan biru. Memang sedap dan anda semua patut mencuba kesemua hidangan ini. Rugi sekiranya anda tidak merasa hidangan yang super hebat dan sedap sebegini.

Cheese Omellette Breakfasts
Cheese Omellette Breakfasts

Tetamu AirAsia dan AirAsia X yang telah menempah penerbangan mereka boleh membuat pra-tempahan hidangan melaui ‘Urus Tempahan Saya‘ di www.airasia.com. Pra-tempahan hidangan dalam pesawat menjamin hidangan pilihan anda akan terhidang dan boleh jimat sehingga 20% dari harga biasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi terbaru AirAsia bolehlah melalui Facebook AirAsia serta twitter mereka

Jom terbang ke udara bersama saya!
Jom terbang ke udara bersama saya!

AM: Masih memilih tarikh yang sesuai untuk menggunakan penerbangan terbaru mereka iaitu dari Kota Bharu ke Kota Kinabalu.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

30 thoughts on “Hidangan Dalam Pesawat Terbaru Dari AirAsia dan AirAsia X

    • November 19, 2013 at 1:32 am
      Permalink

      Jangan bimbang, masa makanan diproses sebelum dibuang cukup lama dan selepas mendarat baru la akan merasa untuk membuang.. 🙂

      Reply
      • November 19, 2013 at 7:12 pm
        Permalink

        Saya baru book tiket ke Jepun akhir bulan ni. Tak ada pun Bento, Krismas set tu… yang bulan March tahun depan pun tak ada set tu. Ni menu bergantung kepada destinasi ke?

        Reply
        • November 19, 2013 at 7:18 pm
          Permalink

          Kalau yang bento ngan Krismas set tu untuk Air Asia X. Kalau hidangan yang lain tu untuk semua penerbangan AirAsia berkod AK. Dan tempahan kesemua ini boleh didapati mulai 1 Disember.

          Maaf, tak sempat pula saya baca pasal nih.. hehe

          Reply
    • November 19, 2013 at 1:31 am
      Permalink

      Sekarang Air Asia ada promosi. Bolehlah tengok kalau-kalau ada yang berkenan. 🙂

      Reply
  • November 19, 2013 at 9:04 am
    Permalink

    cak? ehem2 cam kenal je kapten tu haha

    Reply
    • November 19, 2013 at 9:12 am
      Permalink

      Kenal ker? hahaha.. Femes gak ek Kapten nih..haha

      p/s: kau fisrt time komen blog aku ni yer.. Ceit!

      Reply
  • November 19, 2013 at 9:54 am
    Permalink

    hilir molep makane,wei g kk next year la wei, nak follow !

    Reply
  • November 19, 2013 at 11:12 am
    Permalink

    Ambik hah…promo siap ngan pilot lagi tu… kehkehkeh…

    Akak suka tuna wrap tu. Kalau betul sedap kata Amir, memang kena cubalah kalau naik AA.

    Reply
    • November 19, 2013 at 11:41 am
      Permalink

      Memang sedap la kak. Kena ngan lidah saya. Tapi tak tahu la akak sesuai ke tak..hehe

      Reply
  • November 19, 2013 at 1:17 pm
    Permalink

    Belum ada pengalaman menaiki pesaawat Air Asia lagi. Menarik menu tempatan yang diperkenalkan.

    Reply
    • November 19, 2013 at 6:15 pm
      Permalink

      Memang menarik. Sekrang Air Asia ada mengadakan promosi, jadi bolehlah terbang bersama 🙂

      Reply
  • November 19, 2013 at 3:32 pm
    Permalink

    Bestnya… Dapat pekena Mee Goreng Mamak dalam pesawat Air Asia… Satu promosi yang menarik… Melalui cara ini dapat mempromosikan makanan yang menarik di Malaysia kepada pelancong luar negara… 😉

    Reply
    • November 19, 2013 at 6:17 pm
      Permalink

      Betul tu. Biar seluruh penumpang dari pelbagai negara dapat merasai keunikan masakan Malaysia.

      Reply
  • November 19, 2013 at 6:15 pm
    Permalink

    Nampak menyelerakan. Bertambahlah berat penumpang AirAsia nanti. hehehe

    Reply
    • November 19, 2013 at 6:16 pm
      Permalink

      hahaha. Jangan pesawat lebih berat sudah la. Naya nanti..hehe

      Reply
  • November 19, 2013 at 8:14 pm
    Permalink

    murah jugak, bermusim2x jugak makanan kat airsia. haha

    Reply
  • November 22, 2013 at 11:05 am
    Permalink

    Patutnya kalau flight pergi kelantan diorang kena offer NASI KERABU dan NASI BERLAUK la kan… btw kalau demo naik flight nak order makanan macam tu… hehehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *