Cek 2K Dari Churp-Churp Berjaya Ditunai..

Blogger pernah dapat RM3000 sehari. Namun semuanya perlu kena cara dan kaedah yang betul. Usaha dan terus berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang dikasihi sekalian. Apa khabar anda semua? Semoga semuanya sihat sejahtera bersama keluarga tercinta hendaknya.

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Blogger ini pernah dapat RM3000 sehari.[/pullquote]

Baiklah kali ini saya ingin menunjukkan bukti bahawasanya, dengan online juga kita dapat buat duit. Bagaimana caranya? sebelum ini entri yang saya pernah tulis ini memberikan banyak respond. Paling menarik saya dapat dari akak Kujie,

Saya ingatkan tiada la orang yang dapat sampai beribu-ribu sehari. Namun tekaan saya meleset. Akak Kujie kata dia pernah dapat RM3000++ dalam sehari. Daebak! Terbaik la sifu kita nih.

Komen dari Akak Kujie
Komen dari Akak Kujie

Namun yang pastinya kesungguhan serta konsistensi yang tinggi amat diperlukan untuk mencapai sehingga tahap sebegitu. Tidak perlu sekadar hangat-hangat tahi ayam dan berharap agar rezeki itu turun depan mata. Usaha la dulu!

Alhamdulillah awal bulan hari tu cek saya dari churp-churp yang bernilai RM2000++ tu dah sampai. Yang ini bukan sehari ya! Yang ni saya kumpul beberapa bulan. Saya belum mencapai pendapatan ribuan lagi. Masih menapak sedikit demi sedikit. Banyak lagi yang perlu saya pelajari.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..

Namun memandangkan duit dah berjaya masuk untuk bulan lepas, apa lagi jom la kita berbelanja sedikit. Sebenarnya dah lama saya memerhati kasut-kasut dekat Zalora Malaysia ni. Banyak koleksi kasut yang lawa-lawa. Memang kecur airliur saya melihatnya. Teringin nak sebat satu lagi. Padahal bulan lepas dah beli dua pasang kat Zalora ini..hehe

Zalora

Nampak tak sneakers atas sekali belah kanan tuh? Saya nak sebat yang tu la.. Ohoi! Tak sabar rasanya.. kasut baru lagi… Harga pun murah weh. Memang berbaloi-baloi. Sebab tu ini kasut ketiga yang akan saya beli di sini.

Arghhh! tak sabar nak pakai kasut baru. Semoga berjaya dapat minggu hadapan. Yeah! Kasut baru lagi!

AM: Mengumpul koleksi kasut itu hobiku..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

38 thoughts on “Cek 2K Dari Churp-Churp Berjaya Ditunai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge