Sector Focused Career Fair (SFCF) di UiTM Meriah
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Pada entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman di Sector Focus Career Fair (SFCF) di UiTM Shah Alam pada 12- 13 November yang lepas.
Untuk makluman semua, SFCF ini dilangsungkan di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam. SFCF ini merupakan satu program anjuran Talent Corp dengan kerjasama MDec, Graduan dan UiTM. Jika program SFCF sebelum ini di UMP memfokuskan bidang Kejuruteraan, maka edisi di UiTM pula mefokuskan tentang Shared Services and Outsourcing (SSO).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Wahid bin Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam sesi dialognya, beliau juga berkata, ” Pembangunan sosioekonomi Malaysia hendaklah berada dalam keadaan tersusun dan berterusan bagi mencapai visi transformasi ekonomi.” ujar belau dalam sesi dialog tersebut.
CEO TalentCorp, Johan Mahmood Merican pula berkata, ” Kejayaan program Transformasi Ekonomi (ETP) kita bergantung kepada adanya bakat mudah yang betul dan mecukupi untuk membantu Malaysia untuk membangun. Malaysia sememangnya mempunyai ramai bakat muda yang berpotensi.”. ujarnya.
CFSF kali ini dijayakan lagi dengan kehadiran lebih 30 syarikat yang menjadi pempamer. Antaranya ialah AIG, DHL, Electrolux, Frost & Sullivan, GlaxoSmithKline, HP, IBM, LaFarge, Sime Darby dan juga PwC.
SFCF menyediakan peluang kepada para mahasiswa untuk berjumpa dengan CEO dan juga para wakil HR syarikat yang mengambil bahagian, dan menyediakan peluang kepada syarikat untuk menterjemahkan bakat dan potensi yang ada dalam setiap graduan universiti di Malaysia ini. Selain itu juga syarikat berpeluang untuk menerangkan kepada mesyarakat tentang pembangunan industri, penjenaman sektor dan pengetahuan tentang sektor SSO.


Program selama dua hari ini termasuk juga dengan Career Talks dan Couch Corner Slot. Career talks adalah satu platform yang dibangunkan untuk generasi muda untuk mendengar bicara dari pakar industri yang terkemuka, manakala Couch Corner pula direka untuk pelawat, terutamanya pelajar untuk berinteraksi dengan syarikat yang berkaitan dalam keadaan lebih santai dan mesra.
Untuk informasi lebih lanjut mengenai Talencorp dan SFCF, sila lawati www.talentcorp.com.my atau http://www.facebook.com/SectorFocusedCareerFairSFCF