Tips Rumah Tangga Bahagia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar? Semoga semunya berada dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa dan bersama keluarga tercinta masing-masing. Kali ini saya menyahut cabaran Abang Denaihati kita untuk menulis entri kasih sayang antara keluarga.
Sebenarnya saya masih belum berkahwin, namun pengalaman lalu yang saya pergi kelas kursus perkahwinan banyak mengajar saya selok belok alam perkahwinan ini (teori sahaja). Dengan pengalaman yang tidak seberapa ada ini ingin juga saya berkongsi dengan anda semua.
Berikut adalah point-point penting apa yang saya perolehi dari kelas tersebut.
[notice]
1. Hayati erti cinta dan kasih sayang yang sebenarnya.
2. Kenalpasti keperluan suami dan berusaha untuk memenuhinya. (paham2 sendiri lah ye)
3. Berikanlah pujian dan penghargaan tanpa meminta nada disanjungi dan dihargai.
4. Buangkan sifat cemburu buta. (Kalau nak cemburu pom biar celik mata, bukan buta..he3)
5. Jangan menggunakan kritikan, serangan dan ugutan jika ingin mengubah sifat suami.
6. Hilangkan perasaan bangga diri dan sombong..(wanita ni agak jual mahal sket.. Ye ke?..he3)
7. Layanlah suami dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
8. Tinggalkan pergantungan pada ibubapa. ( Jangan asyik2 nak ngadu kat mak bapak je)
9. Rajinlah berbincang bersama suami anda cara-cara untuk mendidik anda dengan sempurna.
10. Sentiasalah berdoa agar sentiasa berada dalam kesabaran dan keimanan.
11. Kurangkan membebel. (tips ni aku tambah sendiri..ha3)
[/notice]
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Wanita jiwanya lembut, janganlah disakiti dengan pekara-pekara yang tidak disukainya[/pullquote]
perkongsian menarik dari si bujang.hehehe
hahaha. Si dara bila lagi?
tiktoktiktoktiktok…
What?
perkongsian yang menarik.terima kasih tuan 🙂
Sama-sama. Semoga bermanfaat
Wah..wah… org bujang berbicara…
🙂
hehe.. Sekali sekala…
Teori tak cukup. Kena bernikah dahulu baru tahu teori berkesan atau tidak. 🙂
hehehe… Tu amali dah tuh.. Memang kena cuba tuh..huhu
Terkejut akak pagi-pagi ni, Amir. Tips dari orang bujang untuk wanita-wanita di sana yang mahu melayari bahtera berumahtangga, ya…. Ni ngelatlah…mana part untuk lelaki pulak? Semuapun perempuan yang kena tanggung ni mana boleh…berat sebelah ni namanya. Kita dok amal, dia tak payah, mestilah perang badar selalu.
Ni macam dah terdengar-dengar pulak wedding bells si empunya blog ni… hehehehe….
P.S. Ni tips yang paling penting untuk wanita : duit suami, duit kita, duit kita, kita aje yang boleh guna 😀
Amboi kak! menarik tips akak bagi tuh..hahaha. Tapi kata sepakat kena capai la kalau pasal nih. Tapi memang betul, suami mana boleh guna duit isteri kecuali mendapat kerelaan isteri. Tapi isteri kena la faham situasi juga. .hehe
Jutaan terima kasih kerana sudi sertai perkongsian Tip Rumah Tangga dan semoga sukses.
Eloklah tu… Walaupun belum berkahwin, tapi dah mempelajari selok belok alam perkahwinan untuk masa depan… Persefahaman dan tolak ansur di antara suami isteri sangat penting untuk membentuk sebuah keluarga bahagia… Semoga menjadi suami yang Soleh pada satu hari nanti… In Shaa Allah…
Belajar masa kursus kahwin hari tu jer..hehehe
Memang macam dah kahwin punya tips ni…hehe…terbaiklah…
No 8 tu ada benarnya…kalau nak citer jugak..tu jalan terakhir
hehe. Ni point-point dapat dari kursus kahwin hari tuh
Dalam pernikahan harus bisa seperti kunci dan gembok yang klik satu sama lain …
Tipsnya sangat bermanfaat, Insya Allah akan dipraktekkan sebaik mungkin 🙂
Gembok tu apa ya?