December 9, 2024
Lain-Lain

Ibu- Dedikasi Khas Buatmu

Ibu…

kaulah insan terhebat dalam hidupku,

darah merahmu mengalir di segenap sarafku,

menyambung warisan dan jati dirimu,

sesungguhnya aku terlalu bangga mewarisi salasilahmu.

Ibu…

kaulah insan terbaik buatku,

saatku jatuh dan hampir tenggelam,

kau hulurkan tanganmu,

kau hulurkan azimatmu,

kau tunjulkkan arahku,

dan tega menungguku pulang.

Ibu….

kaulah insan paling setia,

bilaku di atas menggapai jaya,

pelukanmu menghangatkan tubuhku,

airmatamu mendinginkan kalbuku,

senyumanmu mendamaikan hatiku,

dan tak lupa kita panjatkan kesyukuran pada-Nya.

Ibu….

kau adalah degup jantungku,

nafasku seakan terhenti saatku hilang cintamu,

dek kerana tingkahku yang mencalar hatimu,

kadang suatu ketika,

aku seakan alpa akan keramatmu,

kunafikan hakmu untuk membentukku,

bukan untuk menjadi sehebat Firaun,

tapi cukup untuk menjadi insan….

yang peribadinya semulia Sayyidatina Khadijah,

yang hatinya setabah Fatimah Az-Zahra,

yang taatnya sehebat Rabiatul Adawiyah.

Ibu…

kalau diberi segunung permata,

pastiku balutinya di segenap tubuhmu,

andai diberi kekayaan dunia,

akanku serahkan padamu,

tapi yang pasti, semua itu..

belum mampu untuk membayar harga cinta dan kasihmu.

Ibu….

akanku kalungkan doa tulusku,

mengisi hari-hari tuamu,

pastiku selimuti tidurmu,

dengan belaian mesraku,

akanku hembuskan ke telingamu,

dengan tutur mulusku,

pastiku pamerkan padamu,

segala tingkah baikku,

janjiku padamu ibu, akanku bahagiakanmu,

hingga ke akhir hayatmu dan hayatku….

Nukilan : My Lovely Aunty… Hasliza Yusoff

AM: Dah 2 Bulan tidak bertemu Ibuku yang terchenta. Sihatkah engkau wahai ibuku.. Bila aku rasa cam tak tenang jer, I will call my mom. Mesti ada something wrong tuh..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Ibu- Dedikasi Khas Buatmu

  • Tak kan terbalas jasa ibu…. Buatlah dia sentiasa tersenyum sebagai balasan pengorbanannya…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *