January 21, 2025
Lain-Lain

Jalan-jalan Cari Makan

Hari ni aku dah xmakan cekodok lagi dah. Tak perlu la aku nak makan cekodok macam cerita kat entri aku yang lepas tuh. Hari ni aku berpeluang makan kat Bandar Kuantan. Best la jugak dapat pergi jalan2 setelah lama aku tak keluar daripada UMP nih. Boring giler dok dalam nih. Dahla sunyi, makanan plak xvariati sangat. Bukan nak memilih tapi inilah kenyataan. Makanan sama je setiap hari. teringin jugak nak makan makanan yang berlainan sket..ha3

Lepas study the killer subject tadi, kawan aku ada la ajak pi makan KFC. Wah!! orang mengantuk disorongkan tilam la macam nih..ho3. Aku bersiap sembahyang dan bertolak la ke Kuantan terchenta. Sekali salah timing la. Jalan sibuk sebab orang baru balik dari kerja. Tapi itu tidak membantutkan niat aku untuk menjamu selera..ha3

KFC Giant Kuantan

Setibanya aku kat Giant Kuala Kuantan tu, terus ja pi cari KFC nih..hak3.Kebulur macam xpernah makan setahun. Aku order chicken chop. Thhe new dishes from KFC. Boleh tahan jugak la tapi sikit je.. Tak padan nga kapasiti perut aku yang besar nih.. kena order banyak2 baru la aku kenyang..ha3

Habis licin kami pulun
Para datin yang bersama aku tadi

hoho,setelah perutku kekenyangan, still lagi sempat bergambar.. Rakam guna telepon buruk aku je.

huduhnya!! ha3
Gambar last sebelum balik

Sesudah kekenyangan melampau tu, terasa berat la plak badan aku untuk berjalan nih. Erm, alang2 pi bandar nih, ronda2 bandar pom best jgk. tapi niat terpaksa dibatalkan kerana malam sudah menjelma. Tak elok rasanya merayau time maghrib2 nih. terpaksalah pulang..hu3

Apepom aku kenyang jalan2 sambil makan untuk kali nih. Ni yang last untuk semester ni sebab esok aku dh nak balik dah. Selamat bercuti semester untuk yang nak cuti tuh. Tapi ape yang paling penting, esok merupakan exam untuk paper yang paling susah tau. Doakan aku ya..

AM: Aku dok dalam mood nak balik sudah.

Jagung bergerak di jalan raya?—> kt sini & kat sini jugak
jagung lagi nih, macam kacang je—–>kat sini
oh no, ni pom jagung jugak—>kat sini plak
wow!! timun pom ade gak?—>kat sini

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

7 thoughts on “Jalan-jalan Cari Makan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *