October 12, 2024
Lain-Lain

Jana RIbuan Ringgit Dari Blog Untuk Pelajaran

Jana Ribuan Ringgit Dari Blogging

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Smeoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada kali ini ingin saya kongsikan dengan ada semua bagaimana caranya saya survive di universiti ini. Maksud saya survive dari segi kewangan.

Saya sebenarnya dah nak habis belajar sebab itu saya kongsikan pengalaman saya ini. Ramai pula kawan-kawan tanya saya bagaimana cara saya buat duit online. Kata mereka, mereka pun online hari-hari, tapi kenapa tak dapat satu sen pun!

Untuk makluman semua, saya telah belajar selama 4 tahun di universiti dan sekarang merupakan semester terakhir. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum kelas saya yang terakhir. (To be exact, tinggal 31 hari lagi). Tahukah anda yang sudah 2 tahun saya tidak meminta duit satu sen pun dari orang tua saya?

Jangan salah faham, bukan mereka tak mampu tapi saya nak cabar diri saya. Saya seorang lelaki yang dah besar panjang, kenapa saya tidak mampu untuk menanggung diri saya? I’m a man! Saya sebenarnya sudah malas hidup dalam keadaan terlampau selesa. Kalau takde duit sahaja minta dengan ibubapa. Ibubapa ni kalau untuk anak-anak belajar memang tiada banyak songeh la. Terus sahaja bagi.

Tapi tahukah anda bagaimana saya survive selama ini tanpa bantuan ibubapa? 3 semester saya tidak guna PTPTN. Dan semuanya bergantung kepada saya untuk menampung perbelanjaan harian dan juga membayar yuran!

Jika dicongak, dalam satu semester yuran sahaja sudah RM1345. Makan minum seharian selama sebulan. Total up semua lebih kurang RM4000 satu semester. Total up semua untuk beberapa tahun ini? Tapi bagaimana saya survive selama ini?

buat duit dengan blog

Yes! Alhamdulillah Tuhan temukan saya dengan penulis blog pada ketika itu yang mengajar saya menulis dan menguruskan blog saya ini. Terima kasih. Semenjak dari itu saya mula tulis dan menulis. Dari tahun 1 sehingga sekarang.

Tahun pertama saya mendapat RM1000 tunai dan telefon Samsung Galaxy S2 yang baru sahaja keluar ketika itu. Memang teruja! Terus menaikkan semangat saya untuk terus menulis blog. Tahun demi tahun banyak pula kejayaan yang ditempa. Banyak sudah gadget yang saya terima. Sudah 3 biji tablet, 2 biji phone, 1 kamera. dan banyak lagi. Syukur..

Gadget  pertama saya :)
Gadget pertama saya 🙂

Beberapa tahun lepas saya explore pelbagai lagi cara untuk menjana pendapatan melalui online ini. Kalau nak harapkan Nuffnang memang sampai ke tua la kalian takkan berjaya. 20sen sehari? hahaha. Tahun lepas saya mencuba menjadi agen dropship. Alhamdulillah pendapat yang diterima agak memberangsangkan dan mencukupi untuk saya belanja hari-hari. Memang tak banyak, tapi cukup!

menabung

Ramai yang nak berniaga online tapi banyak pula alasan yang diberikan.

‘Saya tiada modal’

‘Saya tak suka MLM’

”Saya takde kenderaan’

‘Bla bla bla bla’

Satu lagi kaedah yang terbaik untuk mendapatkan duit online tanpa perlukan alasan di atas  ialah dengan jadi agen affiliate. Ape itu affiliate?

Affiliate adalah satu proses dimana anda mempromiskan barangan orang lain dan anda memndapat komisen atas jualan yang anda lakukan.

Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah mendapatkan ebook terbaik ini. Alhamdulillah semoga kita semua berjaya dalam dunia internet ini.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem affiliate ini 🙂

AM: Apa beza affiliate dan dropship? Akan dikupas di lain entri.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

28 thoughts on “Jana RIbuan Ringgit Dari Blog Untuk Pelajaran

  • ya.

    buat duit dengan affiliate ni memang best.

    Reply
  • Tahniah tuan, berjaya mencabar diri pada usia pelajar Uni lagi. Sy jeles. Hehe.. Siapa penulis blog yang saudara bertemu dan mengajarkan tuan tentang jana pendapatan dari online.

    Reply
    • Alhamdulillah saya sedar awal. Penulis itu antara kawan-kawan saya juga

      Reply
  • betul2 . dah besar taknak susahkan mak bapak dah . 3 sem tak guna duit pt ? terbaikk . terima kasih info ni

    Reply
  • tahniah bro..moga entri ni menjadi inspirasi utk student lain

    Reply
  • Salam..betul tu.. ai pon tak harapkan duit parents masa blajar dulu..tp kalau dah terdesak mintak jugak.. tp sebb dulu blaja perhotelan, memg kerja part time banquet hotel je laa. kadang2 tu dpt panggilan jd sales assitant.. dpt laa pocket money.. btw affliate tu mcm mana? adehhhh,,,, explain sikit..

    Reply
    • Affiliate tu adalah….
      Eh, tak boleh la nak explain. Panjang. Tapi menarik. Boleh tengok di link yang disediakan.

      Reply
  • Tanniah dan respek. Kesungguhan untuk berdikari. Ini bermakna tidak mustahil membuat duit online.

    Reply
  • Antara affliate dan dropship, mudah lagi affliate sebab kita hanya jadi referal.

    Reply
  • tahniah…affiliate memang lumayan kalau kena cara

    Reply
  • Rezeki demo jugak selalu dapat dapat hadiah dan menang contest situ sana sini… 🙂

    Reply
  • Selamat, semoga kedepannya akan semakin sukss.

    Reply
  • Hisham

    Memang affiliate yg ketiga terbaik dalam internet…

    Reply
  • SIAPA YG TAK SUKA BENDA FREE???

    Affiliate memang ok… tambah2 pula pendaftaran percuma… pasti saya org pertama yang join.. itu pun kalau jumpa dulu….. hemmm…

    Pasti ada yg nak blogging jom.. kita tambah ilmu dan pendapatan melalui blogging.. tapi ingat anda mesti mempunyai ilmu sebelum bermula..

    FREE IDEAS SEO UNTUK SEMUA BLOGGER… APA LAGI JOM MEMBACA…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *