October 14, 2024
Lain-Lain

Penjelasan RapidKL Berkenaan Isu Kelewatan Bas

Assalamualaikum dan salam sjeahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Sampaikan salam saya pada keluarga anda semua ya.

Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan penjelasan RapidKL  iaitu dari Ketua Pegawai Operasi RapidKL berkenaan masalah yang telah saya bangkitkan dalam blog saya 2 minggu lepas. Bagi sesiapa yang masih belum membaca tulisan saya bolehlah klik pada pautan di bawah ini. Komen yang diterima pada entri tersebut pun boleh tahan hebatnya.

Baca pada pautan ini

Setelah menghantar aduan di twitter dan facebook milik RapidKL, akhirnya saya menerima maklumbalas dari Encik Mohd Azam Omar, Ketua Pegawai Operasi RapidKL. Maklumbalas berkenaan isu berkenaan saya lampirkan di bawah untuk bacaan umum.

wpid-screenshot_2014-11-18-01-25-16.png

wpid-screenshot_2014-11-18-01-25-31.png

Apa kata anda? Saya tertarik dengan tulisan di bawah ini,

Ia berlaku kerana kami mengalami kekurangan tenaga kerja kapten (pemandu) bas serentak pada hari berkenaan termasuk untuk laluan-laluan lain. Ia memaksa kami untuk melakukan semakan semula dalam penjadualan bas sekali gus menyebabkan kekerapan bas laluan T324 menjadi lebih lama.

Rasanya bukan hari itu sahaja yang lambat, Hari lain pun sama juga masalahnya iaitu lambat. Apapun hujung minggu ini saya akan kembali ke rumah dan dan menggunakan lagi perkhidmatan RapidKL ini. JOM KITA TENGOK ADAKAH MASALAH INI TELAH SELESAI ATAUPUN TIDAK.

Takkan ambil masa bertahun kot nak selesaikan masalah ini. Minggu depan saya akan tulis semula feedback saya di sini berkenaan isu ini selepas alami semula hujung minggu ini..

Jom jadi warganegara yang peka dengan masalah yang melibatkan rakyat  ke arah menjadikan Malaysia negara yang maju dan berdaya saing di dunia. Ke arah Wawasan 2020

AM: 2 minggu sekali akan balik ke KL untuk berjumpa keluarga.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

11 thoughts on “Penjelasan RapidKL Berkenaan Isu Kelewatan Bas

  • Dah lama tak naik bas… Kali terakhir naik bas pada tahun 2011.. masa berpindah dari Mukah Sarawak ke Sabak Bernam… Dah lama tak merasa pengalaman macam ni… Takper. Sabarlah Bro..

    Reply
    • Ssya memang seorang penyabar. Tapi ini adalah untuk menyuarakan pendapat. Kalau semua bersabar, siapa yang nak menyuarakan pendapat. Tak gitu? hehe

      Reply
  • aihhhh,puncak alam ni nak dapat bas rapid kl sejam sekali pun payahhhh… pastu bape jam kemudian pulak baru ada,huhu…tapi seriously la,memang sikek nok mapuh bas rapid masuk area puncak alam,emmmm… kalau ada je,meme aku akan gunakan public transport utk berjimat,emmmm

    Reply
  • Kekurangan pemandu. Sesuatu perlu dilakukan terutama menawarkan insentif yang menarik.

    Mungkin ini idea jangka pendek dapatkan khidmat warga asing untuk bekerja sebagai pemandu. Maksud saya, walaupun warga asing tidaklah semudah sesiapa sahaja diambil pekerja tetapi mestilah mempunyai lesen memandu dan terlatih. Macam sesetengah negara barat, rata-rata pemandu teksi adalah warga asing.

    Reply
    • Penawaran insetif yang menarik itu saya setuju. Dapat menarik warganegara untuk menyertai RapidKL. Tapi untuk pengambilan warga asing sebagai pemanadu itu memang saya tak setuju. Cukuplah dengan kebanjiran warga asing dalam pelbagai sektor. Tak usah dibanyakkan lagi dengan penambahan dalam sektor ini.

      Reply
  • dah lama tak naik rapid kl…masa kat u dulu selalu naik..

    Reply
  • Semoga semua pihak bisa menerima semua yang telah terjadi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *