October 12, 2024
Hal-hal Semasa

RapidKL- Perkhidmatan Yang Boleh ‘Dibanggakan’

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tecinta hendaknya. Baiklah kali ini ingin saya kongsikan pengalaman menggunakan bas RapidKL dari tempat tinggal saya ke stesen LRT Chempaka.

RapidKL merupakan syarikat di bawah Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang menyediakan perkhidmatan bas dan LRT. Namun kali ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman kurang enak berkenaan perkhidmatan mereka ini. Tujuan penulisan ini bukanlah untuk menyalahkan namun mungkin sedikit cadangan untuk penambah baikan demi kepentingan rakyat bersama.

Petang tadi, pada pukul 6.40 petang saya telah menunggu bas di Perhentian Bas Taman Muda untuk ke Stesen LRT. Ada program yang perlu saya hadiri pada pukul 8 malam. Sejam setengah itu mungkin mencukupi buat saya untuk pergi ke Bangunan DBKL berdekatan stesen LRT Bandaraya. Perkhidmatan RapidKL la yang menjadi pilihan saya walaupun selalu kena tunggu lama. Lagipun saya mahasiswa. Bajet naik bas dan LRT jelah yang mampu.

Bagi saya menunggu setengah jam itu boleh diterima  lagi sebab mungkin terdapat kesesakkan lalulintas sepanjang perjalanan. Lagipun bas T324 bukanlah laluan bandar. Hanya T iaitu bas tempatan. Bukannya bas U, Utama. Tunggu punya tunggu dari matahari wujud lagi sehingga matahari dah tenggelam pun bas belum juga tiba.

Terlampau terdesak dan agak marah juga la selepas 35 minit tapi masih belum muncul, saya tuliskan tweet ke @MyRapidKL. Agak marah dan geram la sebab menunggu 35 minit untuk bas yang sepatutnya kekerapan antara 15 ke 20 minit sahaja. Bajet-bajet memang dah tak sampai la di DBKL pukul 8 malam itu.

Nasib baik pertolongan atau assistances di twitter bagus. Namun rasanya tak membantu pun. Dari pukul 7.16 malam saya tweet akhirnya bas tiba pukul 7.58 malam. Setelah 1 jam 20 minit menunggu! Dapat anda bayangkan tak bagaimana rasa hati ni apabila kena menunggu bas yang sepatunya tiba 20 kepada lebih kurang 1jam 20 minit? 1 jam 20 minit tu weh! 8 malam aku sepatunya sampai DBKL tapi baru menaiki bas.

Rapid

Pukul 8.24 malam baru tiba di stesen LRT Chempaka. Atas LRT berfikir, memang tak sempat la nak join program di DBKL. Cancel terus. So I’m wondering apa guna aku menunggu berjam-jam tapi tak dapat join program di DBKL itu? Rasa nak marah dan mood swing sampai ada nak sumpah seranah. Tapi atas dasar budaya timur yang diterapkan. Sabar sahaja.

rapid2

wpid-img_20141108_201937.jpg
Tiket bas aku naik tadi. 7.58 petang baru menaiki bas. 🙂

Marah dan geram sekalipun Prasarana jelah yang menjadi kebanggaan negara yang menyediakan perkhidmatan untuk rakyat. Ia juga mungkin boleh dikatakan sebagai salah satu indentiti negara jugalah. Tapi perkhidmatan kena la dipertingkatkan. Jangan sampai jadi seperti Malaysia Airlines (MAS). Salah satu kebanggan negara yang kian pudar warnanya. Saya sayang Malaysia!

Patutla dulu ketika saya join program National Aspiration Leadership Symposium (NALS) 2012, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor ada bercakap mengenai hal ini. Kata beliau. bas lambat tiba, tapi rakyat marahkan kerajaan. Padahal kerajaan tiada kena mengena  pun. Kerajaan melalui kementerian telah mengambil tindakan yang tegas untuk mengelakkan pekara sebegini berlaku. Tapi itu semuanya bergantung kepada pembekal perkhidmatan bas itu sendiri. Dia mengambil contoh perkhidmatan bas di luar negara, orang ada atau tiada bas memang akan tiba tepat waktunya di perhentian. Sebab apa? sebab penumpang ada atau tidak, pemandu memang dibayar gaji!

Saya sebenarnya tiada masalah pun. Lagipun ini bukan kali pertama saya terpaksa menunggu lama. Kalau di Kuantan ini, RapidKuantan pun sama masalahnya. Jadi saranan yang saya ingin utarakan agar semua bertugas dan bekerjalah dengan sebaik mungkin demi kesejateraan rakyat semua. jangan sampai benda lain yang berlaku, kerajaan pula di salahkan .Semoga negara kita mencapai negara maju dengan cepat dengan perkhidmatan pengangkutan yang efisien untuk kegunaan rakyat semua.

Salam sayang dari saya, amirnawawi.com

AM: Kalau terpaksa menunggu lama tanpa ada majlis untuk dijoin tu ok la. Ini ada majlis, tapi.. ermm

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

17 thoughts on “RapidKL- Perkhidmatan Yang Boleh ‘Dibanggakan’

  • Uih, sejam lewat, sabar je lah.. Harapnya pihak Prasarana dapat memperbaiki mutu perkhidmatan.

    Reply
  • Marah nampak amir…haha..

    Tapi sejam tu mmg masa yg lama menunggu Bas du bandar KL ni…moge diimprovekan servis.. @rapidkl..

    Reply
    • Marah sebab banyak kali Abang Pian..haha. Kali ni je berani tulis ni

      Reply
  • Melampau sejam tu. Kalau ada student, ada kelas hari tu, memang menangis la.

    Reply
  • sabar la.

    memang cam gitu la. biasalah tu.

    lepas nih..dah kerja..leh la beli motor ke..kereta sendiri..

    Reply
    • Taknak la yang biasa macam ni.. Jangan jadikan pekara sebegini biasa..

      Reply
  • bukan setakat bas, tren pn lambat….tp nak cemana, kte sbg pengguna mampu bersabar jela….

    Reply
    • tren tu kalau lambat seminit dua jer. Yang ni berjam-jam.. tu naik angin tu..haha

      Reply
  • Memang susah kalau nak jangka kalau kelewatan seperti ini berlaku. TIdak pasti kekurangan bas atau kekurangan pemandu punca kelewatan. Pengalaman mengunakan perkhidmatan pengangkutan awam di luar negara amat berbeza dengan menepati masa. Senang hendak pelan perjalanan. Kalau bagi duit lebih sekali pun akan dipulangkan baki.

    Reply
    • Tu la.. Kat sini memang apa yang kita plan memang ke laut la jawabnya..

      Reply
  • Dalam situasi macam itu memang menjengkelkan,

    Reply
  • Memang terbaiklah.

    Boleh buat lagi ni.

    Hahaha..

    Nota: Memang sakit hati mcm bro jugak.

    Reply
    • Bila dah terbiasa… Jangan dibuat lagi la.. Ayuh jadi warganegara dalam negara yang hebat!

      Reply
  • Pingback: Penjelasan RapidKL Mengenai Isu Kelewatan Bas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *