January 22, 2025
Lain-Lain

RM3294.83 Earning ChurpChurp Selama 3 Tahun

RM3294.83 Earning ChurpChurp

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah kali ini ingin saya kongsikan salah satu lagi cara untuk menjana pendapatan melalui internet.

Entri ini bukanlah entri Contest iPhone Denaihati ya. Ini hanyalah sekadar perkongsian ringkas dari saya. Mungkin ramai yang sudah tahu dan sedia maklum dengan wujudnya ChurpChurp ini. Namun masih ada yang belum yakin dan ragu-ragu betul atau tidak syarikat Churp-Churp ini. Baiklah pastikan anda celik minda dan buka mata luas-luas dengan membaca entri saya ini.

Baru dapat 3 minggu lepas. Nak baca klik sini

Syukur, minggu lepas saya telah menerima check terbaru dari ChurpChurp. Setelah cashout pada akhir bulan September lepas akhirnya tiba juga pada bulan ini. Jumlah yang diterima pada kali ini tidaklah banyak namun berbaloilah dengan apa yang saya lakukan. Eh?

Sebenarnya saya telah lama menyertai ChurpChurp. Dari 2012 dulu hingga sekarang. Saya tak pasti kenapa saya rasa ada chemistry lebih dengan mereka berbanding abang mereka Nuffnang. Staf mereka  ohsem barangkali! Mungkin jiwa saya lebih kepada sosial media berbanding blog mungkin. Almaklumlah aku kan malas menulis! haha

Pandangan sisi

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Yang paling berharga ialah dapat KAWAN BARU![/pullquote]

Sepanjang bersama ChurpChurp dah banyak benda aku dapat. Yang paling berharga ialah dapat KAWAN BARU! Wang ringgit dan gadget tu sebenarnya kurang penting berbanding dengan nilai persahabtan yang terjalin itu. Mana tidaknya, sekali join program mereka ramai juga blogger/Churpers baru yang dapat aku kenali. lepas itu dapat la borak dan lepak sesama. Ala, biasanya yang join program pun muka sama je.

Tapi itu la. Yang paling penting kita jumpa orang yang sama minat dengan kita. TU YANG LAGI MERIAH TUH. Biasa kita jumpa yang senyap-senyap jer. Namun bila diajak borak, fuh! Mengalahkan wartawan hiburan. Terbaik. Apapun entri ini bukan nak sembang panjang, sebagai bukti akan kebenaranya, tengok la print screen earning ini. Bukan niat nak menunjuk tapi sekadar nak tunjuk.

Churp2

Pesanan aku, rajinlah berusaha dengan buat mengikut peraturan yang ditetapkan. Ada ke patut ada masuk dalam blog aku 2 3 hari lepas ‘ Cara Menipu Klik ChurpChurp”.. Oi! Nak mudah jer kerja kau kan. Share la betul-betul. Bagi yang nak tutorial untuk ChurpChurp ni, cari sahaja dalam blog aku ini. Terdapat berpuluh entri yang aku tulis berkenaan hal ini. Jangan malas! Search sekarang.

Malas jugak? Nak klik je kat sini. Baca dan hadam segala entri yang aku tulis. Bukan aku suruh bayar pun.

AM: Bukan niat nak menunjuk tapi lebih kepada nak kongsi pengalaman. Siapa yang berusaha pasti membuahkan hasil. 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

28 thoughts on “RM3294.83 Earning ChurpChurp Selama 3 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *