January 18, 2025
Hal-hal Semasa

Kebanjiran Warga Asing di Malaysia

Kebanjiran warga Asing di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan pandangan dan pendapat mengenai isu kebanjiran warga asing di negara Malaysia.

Baiklah mungkin anda semua pernah berjalan-jalan di bandar besar bukan? Apa yang anda rasa?  Bagi saya, saya berasa cukup geram dan konfius. Tertanya-tanya adakah aku berada di luar negara? Pelbagai warganegara ada di sini. Mengapa begitu ramai sangat mereka? 

Setahu saya kita yang berada kat Malaysia ni pun kadang-kadang ada yang susah mencari tempat tinggal. Namun mereka boleh sahaja tinggal bebas di sini. Siap ada yang bermewah-mewah!

WARGA ASING

Saya bukan nak bercakap mengenai golongan profesional warga asing yang berana di sini. Kehadiran mereka memang ditagih di Malaysia demi kepakaran yang ada pada diri mereka. Tetapi apa yang ingin saya utarakan adalah pendatang asing tanpa izin yang seakan memenuhi setiap ruang di kota dan desa.

Ingatkan di ladang-ladang, dan di kawasan pembinaan sahaja wujudnya mereka. Namun sekarang jangan pelik sekiranya mereka bertapak jua di tempat-tempat high class seperti hotel dan pusat membeli belah. Kenapa mereka begitu bebas diberi peluang pekerjaan seperti itu?

Nak kerja tu saya tiada masalah. Tapi berilah mereka kerja yang sesuai dengan mereka. Jangan sampai pekerjaan yang terpaksa berurusan dengan pelanggan pun nak kasi kat mereka. Saya kongsikan satu situasi di bawah,

[notice]Saya ke kedai serbaneka di Stesen LRT Kelana Jaya.  Tetiba ada sedikit masalah dengan pembelian saya. Saya minta mereka panggil pengurus kerana mereka tak dapat selesaikan. Dahla mereka tak faham bahasa Malaysia, bahasa Inggeris pun tak faham juga. Habistu nak suruh aku belajar bahasa Bangla? Aku yang kena belajar bahasa Bangla di negara aku sendiri?[/notice]

Tu belum lagi pelbagai permasalahan lain. Saya akui majikan lebih suka mengambil pekerja asing kerana bayaran gaji mereka murah dan tak banyak songeh. Namun minta fikir 2 3 kali demi kepentingan anak-anak bangsa kita. Sampai bila kita nak beri peluang kepada orang lain sedangkan warga kita sendiri masih terkapai-kapai.

Tu belum naik pengangkutan awam lagi. Bukan nak hina, tapi ni kenyataan. Ada yang jenis berbau dan tak ada sivik. Kita yang berada di sekeliling ini yang berasa sakit hati. Ada juga yang jenis selamba badak bila buat salah dan buat tak tahu sahaja. Di padang tempat aku tinggal, petang-petang penuh warga Myanmar. Ni Malaysia ke Myanmar weh???????????

Tu belum pergi ke pasar lagi. Ramai peminta sedekah kat tepi jalanan tu warga asing. Bukan nak halau peminta sedekah ya. Itu tidak elok. Tapi saya terfikir juga, why they come here and begging in Malaysia? Kalau setakat nak minta sedekah, Why not just begging in your own country? Serius mencacatkan pemandangan. Jujur ini bukan nak menghina namun untuk imej negara. Tak ke bila pelancong yang datang (belanja duit sini bukan kaut duit dari sini) ke Malaysia akan mendapat pandangan negatif sekiranya ramai golongan sebegini di jalanan?

Warga kita memang saya tak kisah langsung. Sebab mereka wajib di bantu. Tapi kenapa mesti kebanyakkan mereka di negara kita ini? Saya binggung dan terkeliru.

Ada sebarang pandangan atau pencerahan mengenai hal ini?

Apa pandangan anda pula? Sila komen di bawah. Terima kasih.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *