September 30, 2023
Lain-Lain

Tak Suka Saya? Terima Kasih!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan pendapat mengenai ‘haters’ ataupun yang yang tak suka kita.

Pada pandangan saya terdapat 3 jenis haters, iaitu

1. Benci sebab memang kesalahan kita

Yang biasa berlaku. Memang lumrah manusia la akan sentiasa buat kesalahan. Namun dari situlah kita belajar memperbaiki diri. Tapi kalau ada orang yang tak suka kita tu nak buat macamana kan. Terima sahajalah. Kalau aku salah, maafkan aku.

2. Sebab terikut dengan pandangan orang lain.

Yang ini pun selalu berlaku. Pernah tak kita dihampiri oleh seseorang lalu dia bercerita tentang polan si polan ni dan persepsi kita pun turut berubah. Pernah? Yang ini bahaya sebenarnya bercerita keburukan orang. Dahlah berdosa, turut mengundang benda lain lagi. Memutuskan silaturahim lagi. Silap boleh bawa bergaduh besar. Dengan tidak sengaja perasaan benci tu turut muncul. Ini seperti ajakan kawan juga la. Faham? Aku pun tak faham sebenarnya.

3. Dia pun tak tahu sebab apa

Yang ini aku paling konfius. Kau dah kenapa? Pernah tak kalian alami seperti ini. Rasanya semua pernah kan. Mungkin sebab apa mereka tak suka ialah sebab KITA PUNYA APA YANG DIA TAK  PUNYA. Ini biasa berlaku. Penyebab utama ialah masalah hati. Rawatlah ia dengan sebaik mungkin.

haters gonna hate

Aku bukan nak tunjuk baik atau apa, cuma aku pun ada juga tidak suka seseorang. Namun perlu buang perasaan itu dengan sebaiknya. Aku selalu sematkan dalam jiwa aku kata-kata ini,

Kau tak suka dia, kau ingat dia suka kau?

Dalam arena blogging ini pun ada banyak juga haters sebenarnya. Bila kita tulis itu ini. pengalaman kita, akan ada sahaja mulut-mulut jahat yang berbunyi. Tapi aku anggap itu sebagai satu motivasi untuk pergi lebih jauh. Namun apa jika ada mulut jahat ini adalah lebih baik dari KAWAN BLOGGER SENDIRI YANG CAKAP BELAKANG.

Lebih baik tahu musuh yang nyata dari berhadapan musuh dalam selimut kerana kita tidak tahu bila masanya ia akan menikam kita.

Haters gonna hates

Tak suka saya? Kenapa? Nyatakan diruangan komen di bawah

AM: Maafkan aku jikaku tak sempurna. Sayangi daku, peluklah daku.. Wakaka! 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

36 thoughts on “Tak Suka Saya? Terima Kasih!

  • haha..

    biasalah tu beb. langit memang tak selalunya cerah.

    benda biasa dalam dunia blogging ni maa..hadap dan hadam ajelah ye..

    Reply
  • Matt Fitt

    Manusia sentiasa menjadi musuh kepada apa yang tidak diketahuinya.

    Reply
  • Haters tu kadang2 blh jadi cermin diri kte jgak.
    Am duk Kuantan ke? Salam perkenalan. Papaglamz pun stay Kuantan.

    Reply
    • Ya. Sebab dia jujur menilai kita. Bukan talam dua muka..

      ya. Saya berada di Kuantan. Lebih spesific di UMP Gambang 🙂

      Reply
  • Perlu berfikiran positif untuk menghadapinya

    Reply
  • Lumrah dh tu.. takkan ada semua org akan suka kita.. cuma ada satu je yg terkilan bila kita buat salah sekali selamanya kita dilabel salah, lupa dah pada kebaikan lain yg mana lebih banyak dari keburukkan..

    Reply
    • Sekali kita salah, berjuta kebaikan kita akan sendirinya hilang

      Reply
  • oho..ada juga benci membenci..biasa la tu..hati tak senang gitu 😀

    Reply
  • Dalam hidup takde manusia mampu buat semua orang suka dia.. tu normal. Tak normal kalau dia rasa dia takde orang benci. kekekeke.. Benda tak pelik sebab orang yang tak suka kita pun ada orang tak suka dia. Sama jugak macam kita.. kita pun ada orang tak suka. So, yg baik kita ambil sebagai pengajaran yang tak suka tak tau hujung pangkal tu anggap jer orang gila tengah meroyan hahahaha

    Reply
  • Dalam dunia ni bukan semua orang suka kita. Kalau kita pun tak suka dengan seseorang bermakna orang lain pun pasti tak suka kita.

    Reply
    • Ya. Semakin ramai yang suka, makin ramai juga yang tidak suka..

      Reply
  • Alahh..chill sudah…persetankan mereka semua…hahaha

    manusia dan benci berpisah tiada…life goes on.

    Gitu.

    Reply
  • Normal tu. Selain sebab-sebab yang disebutkan, biasa juga sebab cemburu. Tapi yang lagi biasa, sebab lain kepala/perangai/cara. Tu sebab tak semua orang boleh jadi kawan dengan semua orang sebab tak ngam. Anggap je la haters tu sebagai ujian yang Allah bagi nak uji kesabaran kita sebelum kita dapat rezki yang best-best. (^_^)

    Reply
  • Paling bahaya bila orang benci kita disebabkan oleh mulut-mulut jahat yang cuba memburukkan keadaan.
    Kita benci orang, sebab terpengaruh dengan mulut-mulut busuk yang duk sibuk menjaja cerita.
    Pendek kata, klu dengar suara sumbang macam tu, dengar je lah. Tapi jangan simpan, biar masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

    Membenci seseorang tak menjadikan kita sempurna.
    Memburukkan orang lain tak menjadikan kita lebih baik daripada mereka.

    Peringatan untuk diri sendiri dan orang yang baca ni 🙂

    Reply
  • Bukan dalam dunia blog jer. Kat mana² sekali pon ramai golongan yg macam ni. Buat tak tau jer lah. Suka atau tak, peduli apa kan.

    Reply
    • Dalam dunia relaiti la lagi banyak.. Dunia blog ini hanya picisan sahaja yang ada perangai sebegini..

      Reply
  • Setuju sekali, memang semuanya harus kembali pada diri kita sendiri, kalau memang salah mengaku dan minta maaf, kalau tidak maafkan orang yang membenci kita.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *