September 16, 2024
Lain-Lain

Tips Jimat Shopping di Lazada

Hello dan salam sejahtera semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Sampaikan salam sayang saya kepada ahli keluarga anda ya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan tips dan trip bagaimana untuk mendapatkan harga barangan yang murah daripada biasa di Lazada Malaysia.

Semua sedia maklum, hampir setiap minggu akan ada sahaja barangan yang akan saya beli dari portal online Lazada ini. Sekiranya saya  berada di Cheras, kaedah Cash on Delivery yang saya gunakan. Biasanya pesanan akan di hantar melalui kurier Ta-q-Bin. Manakala jika saya  berada di universiti di Kuantan ini, perkhidmatan kurier G-dex yang digunakan.

Sudah banyak barangan yang saya  beli di Lazada. Dari supplement saya  di gym hinggakan barangan elektronik. Minggu lepas sahaja saya  telah membeli helicam dari Lazada! Wuhoo. Memang teruja. Bila sampai je di sini, ramai kawan-kawan saya  bertanya berapa harganya. Ramai  yang jangka beribu-ribu namun tahukah anda yang sebenarnya saya dapatkan helicam ini hanya pada harga bawah RM150? Percayakah anda?

lazada1

lazada2Jadi bagaimana saya  boleh dapat barangan-barangan tersebut pada harga yang murah dari biasa? Ini merupakan tips yang tidak ramai orang tahu. Nak membeli-belah di Lazada ini juga memerlukan taktik dan teknik yang betul. Berikut merupakan 2 tips yang boleh dikongsikan kepada anda.

  1. Beli pada harga promosi

Membeli belah dalam talian ini memerlukan kita untuk peka akan segala promosi yang dijalankan. Biasanya kalau ada promosi, harga barangan berganda murahnya dari harga biasa. Jadi kita perlu peka dengan segala promosi.

  1. Guna kupon

Biasanya pada waktu jualan murah Lazada, terdapat pelbagai tawaran menarik yang disediakan antaranya ialah penggunaan kupon untuk mendapat potongan harga promosi. Biasanya pembelian yang melebihi RM150 akan diberikan kupon untuk potongan harga RM25. Menarik bukan?

Namun mesti semua di antara kalian masi terpinga-pinga di manakah mahu mendapatkan kupon dan mengetahui bila berlakunya jualan murah Lazada. Ini tips terakhir yang saya ingin kongsikan kepada anda. Jangan lupa pergi ke iPrice.my dimana web ini menyediakan pelbagai tawaran khas untuk anda membeli belah di Lazada. Daripada kupon hinggalah makluman tarikh berlakunya Jualan Murah Lazada.

Dah tahu rahsia saya berbelanja murah? Jom la berbelanja sama di Lazada Malaysia. Tapi pastikan cek dahulu di iPrice.my ya. Sebarkan kepada semua teman-teman anda agar mengetahui juga rahsia ini. J

 Shooping di Lazada

AM: Masih tercari-cari nak beli apa pula minggu depan. Tablet mungkin?

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

7 thoughts on “Tips Jimat Shopping di Lazada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *