February 7, 2025
Lain-Lain

Janda Baik

Alhamdulillah, selesai jugak aku pergi kursus kat Janda Baik Pahang. Walaupun agak letih namun aku gembira sebab dapat sedikit ilmu yg bermaklumat serta dapat input yg berguna untuk aku dimasa akan datang. Aku kali ni nak cerita tetang trip aku ke janda baik ni. Tertanya  jugak aku apasal kg ni dipanggil Janda Baik, kenapa tak panggil Duda Baik ke, Nenek Baik ke… erm, ape-ape jelah kan. Kami pergi ke satu camp site yang dipanggil Teratak Malaya..

Perjalanan untuk ke sana memakan masa lama kot dari Gambang nih. Naik kematu juga aku duduk atas bas ni lelama. Tapi best la jugak sebab ade dijalankan aktiviti atas bas tu. Lagipun disebabkan kami kesuntukan masa, kami terpaksa la menjalankan aktiviti suai kenal atas bas.. Hapening jugak la atas bas tu dengan kesibukan kami berkenalan. Aku bukan setakat hapening je, penig pom ya jugak. Memandangkan bas tu bergoncang sana sini menambahkan lagi kesakitan kepala ku ini.. Ditambah pula kena hafal lagu satu Malaysia. Fuhh nasib baik lagu tu best.. Xla susah sangat untuk aku hafal lagu nih..he3.. lagu tu kat bawah ni.. supaya korang dapat dengar gak la lagu tu..

…..

Banyak gak la aktiviti yang dilakukan.. Main kejar2 la, panjat gunung la dan macam2 lagi la. Aku xnak cakap byk la plak hari ni.. Korang tgk je gambar yang ku kepilkan nih..

Teratak untuk perempuan
Teratak untuk lelaki

Ha, tu untuk penginapan kami para peserta nih. Gambar untuk program serta aktiviti plak kat bawah ni. Serius aku katakan yang memang letih la aktiviti nya..

group aku
Khusyuk nye dengar ceramah
Aku tgh khusyuk dengar.. malu ler ade akak ambik gambar aku..keh3

Tu je kot gambar2 yang aku upload. mals la nk upload byk2.. nanti lama plak kena tunggu loading tu..he3.. Apepom pengalaman yang sukar silupakan..

AM: Moga2 dapat la bekerjasama dengan korang lagi dimasa akan datang ea..CHaiyok2..

Sape tahu janda baik tu dapat nama daripada mana?

Sape yang nak tahu lebih pasal Maybank tu —-> klik sini
Ni plak kalau korang ni minat melancong luar negara—-> klik sini
Suka lepak2 gk orang break dance tu atau suka tarian ke—-> klik sini

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Janda Baik

  • asal usul nama janda baik adalah sebab masa dulu2 ada seorang janda yang sangat baik kt kampung tu..so, dengan itu tempat itu dinamakan dengan nama janda baik untuk memperingati janda tersebut..

    fakta/info from paihujey.com

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *