Jepun- Cepat dan Pantas

Terpegun aku tengok semangat rakyat-rakyat Jepun ni ek. kalau dulu selepas perang tu mereka dah jadi padang jarak padang tekukur, namun selepas itu mereka bangkit menjadi satu negara yang gah dengan kekayaan ekonomi serta kebijaksanaan mereka dalam bidang teknilogi.

Beberapa minggu lepas mereka telah dilanda tsunami yang terburuk dalam jangka masa 104 tahun.(kalau xsilap aku ler). Tapi walaupun dah teruk negara mereka dek kena tsunami tu, tapi cepat je diorang ni bertindak nak baik pulih negara mereka. Kat bawah ni aku sertakan sekali gambar sebagai bukti:

KAt atas tu ialah gambar jalan raya selepas tsunami yang melanda haritu, then kat bawah ni gambar selepasĀ 6 hari kejadian berlaku. Aku nak tegaskan sekali lagi, 6 hari selepas kejadian berlaku..

Hahah, terpegun bukan? Betapa cepatnya mereka bertindak. Kalau kat malaysia ni, lambat ler lagi nak bertindak nyer. Kalau nak baiki jalan raya ni pom kalut time ade pilihanraya je. Pastu senyap sunyi. Aduan banyak kali buat pom jarang sangat yang ade respon..

Kegigihan pemimpin negara Jepun wajar dijadikan pembakar semangat untuk kita sama2 menbangunkan negara kita yang tercinta ini.

AM: Macamana ek dengar isu kebocoran loji nuklear tu? Tak de dengar khabar berita rasanya sekarang.

berita ni aku sunting dariĀ sini

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *