October 14, 2024
Lain-Lain

Kepuasan Berblogging atas Individu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan apa yang saya rasa selama ini apabila menceburi bidang berblogging ini.

blogger bajet bagus
blogger bajet bagus

Semua sedia maklum yang ramai buat duit melalui blog sekarang. Tak kira la sebagai penulis ataupun sebagai platform mereka meniaga dalam talian. Namun yang menjadi persoalan adalah apa yang menjadi kepuasan apabila kita menulis blog ini?

Ramai yang berpendapat yang menulis blog ini mudah. Sekadar duduk di depan laptop dan menaip. Oh! Kalau la semudah itu tidaklah ramai blog yang terbengkalai tidak terurus. Lagi-lagi buat mereka yang ada kerja tetap. Kitam enulis ni bukan nak syok sendiri. Namun menyampaikan buah fikiran. Kadang-kadang kalau kita jujur, ada pula yang tidak suka. Contohnya saya ada baca pasal Kisah Emas Putih. Dia menulis biasa sahaja, namun impaknya sampai pihak terbabit sendiri minta maaf.

Memang tidak dinafikan, zaman belajar dan zaman bekerja lain. Komitmen terhadap penulisan blgo juga lain. Kalau zaman belajar, balik kelas boleh la mengadap laptop untuk mengarang apa jua yang terlintas difikiran. Namun bila bekerja ini terlampau banyak masa yang digunakan di pejabat. Nak menghadap laptop dan mengarang entri? Memangtiada masalah. Kalau balik dengan badan penat dan lemah kau rasa memang nak bukak laptop?

Itu belum lagi yang dah ada family. Balik rumah nak melayan anak-anak lagi. Memang tidak berdaya semua itu kecuali menjadi azam yang kuat. Ya, dulu memang menulis blog ini hobi, namun bila dan berkeluarga hobi sudah bertukar menjaga anak. Sebab itu ramai blogger senior yang syahid di tengah jalan.

Kadang-kadang ada yang bertanya, kenapa tak kemaskini blog sekerap dulu. Kenapa? Nak suruh aku updated 4 5 entri sehari? memang kerja aku menulis blog je ke? Memang tidak la. Untuk menjadi penulis blogsepenuh masa semamngnya memerlukan pengorbanan dan skill yang tinggi. Kalau tetiba dah ada kerja dan kau berhenti sebab nak jadi penulis blog, memang takkan kemana la. Kecuali kau memang sudah berpengaruh!

Jadi adakah semakin berumur seseorang blogger itu, semakin jatuh sahamnya atau sesuai dengan pepatah melayu, semakin lama semakin berisi?

Konklusinya, bagaimana kepuasan yang dapat dicapai oleh sesorang lbogger itu menjamin masa depannya terhadap blog mereka. Kalau best, konform akan lagi semangat. Kalau tak memang kat situ jelah selamanya.

 

AM: Aku pula statiks sahaja dari dulu. Kena lakukan penambahbaikan ni.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Kepuasan Berblogging atas Individu

  • mula2 dlu mmg kejar kepuasan berblogging..gian nk menulis..skg ni fkir nk buat duit..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *